YES Prihatin : Cara Tebus Telefon Pintar & Data Percuma Untuk B40

Adakah anda masih ingat Program Jaringan Prihatin B40 yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 pada November tahun lalu?

Semasa pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan inisiatif Jaringan Prihatin bagi 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Bantuan ini merupakan perkhidmatan internet data dan pembelian peranti mudah alih untuk anda. Para penerima BPR boleh membuat pendaftaran untuk menerima bantuan Jaringan Prihatin melalui 12 syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan ini kepada golongan b40 yang layak.

Untuk makluman, YES bekerjasama dengan pihak Shopee di dalam Program Jaringan Prihatin menawarkan anda telefon pintar dan data percuma kepada golongan b40. Bukan itu sahaja, penerima juga akan diberikan akses untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma selama setahun tanpa sebarang bayaran.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: t.me/portalsemakan

YES Prihatin

Portal Info akan kongsikan kepada anda maklumat lanjut penebusan telefon pintar dan data percuma YES.

Baca Juga: Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Ogos 2021

Semakan YES Prihatin

YES menawarkan kemudahan berikut kepada pemohon yang layak sahaja:

Belajar Dari Rumah Keluarga

    • Telefeon pintar percuma
    • Data 30GB percuma setiap bulan
    • Baucar sebanyak RM50 dari Shopee
    • Aplikasi pendidikan
    • Tempoh sah hanya 12 bulan

Belajar Dari Rumah Individu

    • Telefon pintar percuma bagi satu individu
    • Data 15GB percuma setiap bulan
    • Baucar sebanyak RM50 Shopee
    • Aplikasi pendidikan
    • Tempoh sah hanya 12 bulan

Syarat Kelayakan

Promosi ini adalah hanya bagi rakyat:

    • Golongan b40
    • Isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,850

Pihak YES pula akan membuat semakan lanjut selepas permohonan anda diterima oleh pihak YES. Hal ini kerana mereka akan pastikan hanya golongan b40 sahaja yang menerima bantuan ini.

Baca Juga: i-Citra KWSP: Cara Semakan Status & Tarikh Pembayaran Bulan Ogos 2021

Cara Daftar YES Prihatin

Sekiranya anda terdiri daripada golongan b40, anda boleh membuat tuntuan dengan langkah mudah berikut:

    1. Anda boleh pergi ke laman https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin
    2. Klik pada “TUNTUT SEKARANG”.
    3. Sila isikan butiran penuh anda di halaman Jaringan Prihatin dengan YES dan hantarkan permohonan anda.
    4. Selepas itu, sila tunggu status permohonan anda. Jika anda berjaya, anda akan menerima satu telefon pintar dan data percuma dari pihak YES.

Kami doakan semoga anda berjaya dalam permohonan anda untuk YES Prihatin Smartphone B40 ini. Sila kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan dan saudara mara anda yang maish belum memohon bantuan kerajaan ini. Terima kasih.

 

 

Leave a Comment