Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengadakan sebuah program Bantuan Kematian KWSP yang memperuntukkan sejumlah wang yang boleh dituntut oleh ahli keluarga sekirannya ahli pemegang akaun telah meninggal dunia. Jumlah bantuan tersebut ialah sebanyak RM2,500 yang akan dibayar One Off kepada tanggungan ahli yang berkelayakan (balu/duda/anak atau ibubapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).
Permohonan ini boleh dimohon dan dituntut dimana-mana cawangan KWSP berhampiran dengan membawa beberapa jenis dokumen-dokumen.
Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Kematian KWSP?
Syarat-syarat kelayakan permohonan untuk bantuan ini bagi pencarum KWSP adalah:
-
- Ahli keluarga yang telah meninggal dunia mestilah warganegara, penduduk tetap (PR) & bukan warganegara (yang telah mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
- Mestilah tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibubapa) yang tertakluk kepada status perkahwinan ahli
- Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli tersebut
- Ahli yang meninggal sebelum mencapai usia 60 tahun
- Ahli yang masih mempunyai simpanan KWSP
Siapakah Individu Yang Boleh Memohon?
-
- Penama
- Hendaklah berumur 18 tahun ke atas
Senarai Dokumen Yang diminta?
-
- Borang Pengeluaran KWSP 9KM (AHL)
- Sijil Kematian Ahli
- Kad Pengenalan Diri Pemohon
- Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan
- Sijil lahir pemohon
- Sijil Kelahiran Ahli
- Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan Ahli / Cabutan Daftar Perkahwinan
- Surat Kuasa
- Penama yang Meninggal Dunia
Apakah Dokumen yang WAJIB Ada?
-
- Surat Kuasa (jika tiada penamaan) Surat Kuasa Mentadbir / Probet (Mahkamah Tinggi) ATAU
- Perintah Pembahagian (Pejabat Tanah) ATAU
- Sijil / Perintah Faraid (Mahkamah Syariah) ATAU
- Surat Kuasa Amanah Raya Berhad (ARB)
- Bukti-bukti Pertalian
- Dokumen-dokumen lain yang telah ditetapkan oleh KWSP
Bagaimanakah Kaedah Pembayaran Bantuan Kematian KWSP Akan Dibuat?
Kaedah pembayaran pengeluaran akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank pemohon.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut sila klik di pautan ini. KLIK DISINI
Anda juga boleh menghubungi pihak KWSP di talian 03 – 8922 6000
Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)