Ada Duit Yang Anda Tak Pernah Tahu? Tuntut eGUMIS ANM

Apa Itu eGUMIS?

eGUMIS adalah sistem semakan bagi  memudahkan urusan transaksi dan semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian / online.). Sistem ini pada awalnya dijangka beroperasi pada suku tahun kedua, tahun 2018 namun ditangguhkan atas sebab tak dapat dielakkan. Bermula 1 Januari 2020, eGUMIS kini sudah boleh diakses sepenuhnya untuk menyemak WTD.

Semakan boleh dibuat menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).

Apakah yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut? WTD ini adalah wang kepunyaan seseorang yang tidak bayar dalam tempoh setahun. Jumlah tersebut bergantung kepada akaun anda masing-masing.

Antarannya:

    • Gaji / Upah / Komisen / eGaji
    • Dividen
    • Tuntutan insuran yang telah diluluskan
    • Simpanan tetap
    • Deposit / Cagaran
    • Keuntungan yang telah diisytiharkan
    • Wang dalam akaun yang tak aktif selama 7 tahun
      • Akaun Simpanan
      • Akaun Semasa
      • Simpanan Tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Sistem eGUMIS ANM Login Online

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telahpun melancarkan portal rasmi eGUMIS login untuk permudahkan orang ramai membuat semakan WTD secara online.

Berikut adalah cara untuk semak eGUMIS register:

    1. Layari pautan berikut https://egumis.anm.gov.my/
    2. Sila daftar secara online. Masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan dan emel terkini anda.
    3. Log Masuk portal menggunakan kata laluan yang telah di emel.
    4. Tukar semula kata laluan anda.
    5. Tekan pada “Klik Sini Untuk Carian Wang Tidak Dituntut” untuk semakan dan masukkan kad pengenalan anda.
    6. Untuk makluman, sistem ini hanya boleh buat semakan sebanyak 2 kali sehari sahaja.

Semakan secara manual, anda perlu membaca panduan penuh di sini. Disana juga anda boleh memuat turun borang Wang Tak Dituntut sekiranya anda ingin membuat semakan secara manual.

Bagaimana Cara Mohon Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) Online?

Untuk membuat tuntutan secara dalam talian / online, sila ikut langkah-langkah berikut:

    1. Klik pada “Teruskan Dengan Permohonan”.
    2. Tekan “Tambah Penerima” dan masukkan maklumat peribadi. Tekan “Simpan”.
    3. Upload / muat naik dokumen sokongan pada bahagian “Mandatori”.
    4. Sila tick pada kotak dan setuju dengan terma syarat. Pilih “Ya”.
    5. Proses pembayaran akan dilaksanakan apabila dokumen anda telah “Disahkan”.

Tempoh pembayaran akan mengambil masa dan duit tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.

Baca Juga: Program Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan Tahun 2021

Contoh Wang Tak Dituntut Yang Berjaya Dituntut

Ramai telah menggunakan sistem eGUMIS. Ada yang berjaya dapat RM13,000, ada juga cuma mendapat RM20, RM50.eGUMIS

 

 

eGUMIS

Soalan Lazim FAQ eGUMIS

 1. Siapakah yang layak dapat WTD (Wang Tak Dituntut)?

    • Bayaran WTD perlu dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau layak.

2. Bagaimanakah cara untuk membuat semaka eGUMIS online?

    • Anda hanya perlu daftar dalam Portal Rasmi. Sila ikuti langkah terperinci dalam website ini.

3. Apakah dokumen yang perlu dimuat naik?

    • Dokumen sokongan perlu dimuat naik dalam portal eGUMIS untuk pengesahan.

* Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai egumis unclaimed money ini, sila hubungi :

03- 2056 8052
03- 2056 8053

Atau boleh terus pergi ke pejabat :

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur

 

Leave a Comment