Cara Letak Nama Pewaris Wang KWSP Sekiranya Anda Mat1

Apa Yang Berlaku Dengan Wang Akaun Jika Ahli Meninggal Dunia? – Di Malaysia, masih ramai belum mengetahui bagaimana menguruskan harta peninggalan si mati dalam keluarga mereka. Ini berikutan ilmu faraid atau pembahagian harta pusaka tidak diterapkan secara meluas. Ada yang berpendapat sekiranya ahli keluarga meninggal dunia, harta peninggalan akan diagih secara automatik tanpa perlu dihitung.

Terutama sekali ialah wang simpanan KWSP . Sekiranya ahli meninggal dunia amat wajar jika ahli menetapkan penama. Ini kerana waris akan menjadi pentadbir penting bagi menguruskan harta kerana mereka diberi kebenaran untuk menuntut harta peninggalan si mati.

Perkara ini dapat menyingkatkan proses pengeluaran harta peninggalan si mati tanpa menantikan Pengeluaran Sijil Faraid

Menamakan pewaris sangat penting kerana ia dapat mengelakkan salah faham dikalangan keluarga. Sebagai contoh ialah apa yang berlaku diantara Ali Puteh dengan isteri kepada Arwah Abam yang bertelingkah berkenaan harta pusaka milik si mati.

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Bagaimana Cara Meletakkan Nama Waris Simpanan KWSP?

Ironinya, Wang KWSP tidak boleh dijadikan sebagai HIBAH kerana polisi dimana ahli tidak boleh mengeluarkan wang sebelum mencapai umur 55 tahun seperti yang tertera pada Akta KWSP berkaitan sekatan pengeluaran wang KWSP.

Tetapi jika wang tersebut dikeluarkan, wang itu bebas untuk dihibahkan. Selagi wang yang tidak dikeluarkan , maka itu ia wajib difaraidkan. Ahli amat dinasihatkan untuk menamakan pewaris sementara masih sihat.

Ahli sendiri yang wajib menamakan pewaris. Bukan secara wakil.

  1. Ahli mestilah cukup syarat iaitu WARGANEGARA MALAYSIA dan telah mencapai umur 18 TAHUN KEATAS. Jika BUKAN WARGANEGARA, mestilah sudah menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998 ATAU mendapat Taraf Peduduk Tetap (PR).
  2. Lengkapkan borang KWSP 4. Boleh dapatkan secara Online di Borang Online KWSP 4 ini.
  3. Penama boleh dibuat atas mana-mana individu yang dipercayai atau institusi Amanah Raya Berhad (ARB).
  4. Hantarkan borang penamaan KWSP 4 tersebut kepada pegawai KWSP di cawangan yang berdekatan. Setelah diterima oleh pihak KWSP, maka penama atau nama waris akan terus berkuat kuasa.

Jenis Dokumen Yang Wajib Disediakan

    • Kad Pengenalan/Kad Pengenalan Tentera
    • Salinan Passport (Jika Bukan Warganegara)
    • Kad Pengenalan bagi setiap waris atau penama yang didaftarkan

Cara Semak Maklumat Waris

Jika terlupa waris yang pernah didaftarkan sila semak di Portal KWSP melalui iAkaun KWSP bagi yang mempunyai akaun shariah atau terus ke cawangan kwsp yang berdekatan.

Apa Yang Waris Wajib Lakukan Jika Tiada Penama Untuk Ahli Yang Meninggal?

Waris si mati boleh mengisi borang Pengeluaran Kematian di pejabat KWSP. Sila rujuk Borang Permohonan Online Pengeluaran Kematian ini.

 

Leave a Comment