Kad Maybank Rosak Atau Expired? Tukar Saja Online!

Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online

Adakah Kad ATM Maybank anda rosak atau expired (tamat tempoh) dalam tempoh pkp ni? Maybank menawarkan perkhidmatan dimana semua pemegang kad boleh memohon penukaran kad ini kecuali kes kehilangan kad atau terlupa nombor PIN. Walaubagaimanapun, caj RM12 akan dikenakan dan penghantaran akan dibuat terus ke rumah anda.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Bagaimana Cara Tukar Kad ATM Maybank Online?

Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Sila Log Masuk Maybank2u (sila gunakan browser, bukan app)

 

2. Pergi ke bahagian Settings

3. Pilih pada Cards

4. Pada bahagian Manage Debit Cards, sila pilih Replace Card

Bahagian “Activate” akan digunakan bila anda terima kad baru nanti.

5. Masukkan alamat penuh anda

 

6. Sila klik Request TAC dan masukkannya di ruang disediakan untuk sahkan penukaran kad tersebut

Baca juga: Positif COVID Semasa Kerja, Anda Boleh Claim PERKESO. Lihat Syarat & Cara Tuntutan

Setel! Kad anda akan dipos dalam masa 3 hari bekerja sahaja. Selepas terima kad baru, sila aktifkan sebelum membuat sebarang transaksi.

 

Leave a Comment