Touch n Go | Cara Daftar eWallet & Tambah Nilai Online

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Touch n Go eWallet

Touch n Go (TNG) eWallet ialah sebuah dompet digital yang juga dipanggil dompet elektronik (e-dompet) dimana ia menyimpan wang secara elektronik (e-wang). Ia adalah sebuah applikasi dan teknologi yang dibangunkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD). Perkhidmatan yang disediakan ialah tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan ialah:

    • Pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain
    • Tambah nilai prabayar telefon anda
    • Membayar bil utiliti dan pascabayar anda
    • Beli tiket wayang
    • Pembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
    • Pembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
    • Untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect

Cara Daftar Touch n Go eWallet

  1. Muat turun aplikasi TNG eWallet sama ada melalui
  2. Hanya SATU ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU akaun TNG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU nombor mudah alih yang unik.
  3. Isikan maklumat dan butiran diri anda dengan lengkap.
  4. Anda akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
  5. Setelah berdaftar, anda kini boleh menggunakan TNG eWallet

Cara Tambah Nilai Kad Touch’n Go Secara Online

Setelah kad Touch ‘n Go sudah disambungkan dengan eWallet anda, bayaran tol dan parking di lokasi tertentu akan ditolak dari baki eWallet anda melalui fungsi Paydirect.

Ia merupakan sebuah alternatif untuk membantu pengguna tol menambah nilai dengan mudah.

Apakah Touch n Go PayDirect?

    • Dengan PayDirect, anda boleh melalui tol dengan mudah, tanpa perlu menambah nilai kad Touch’n’ Go anda secara fizikal.
    • Anda hanya perlu memastikan bahawa eWallet anda mempunyai baki yang mencukupi – dan anda boleh menambah nilai bila-bila masa, di mana sahaja. Anda tidak perlu bimbang tentang baki yang tidak mencukupi dalam kad Touch’n Go anda di tol.
    • Anda boleh melihat baki dan rekod transaksi kad Touch ‘n Go anda sehingga 90 hari lepas.
    • Baki kad Touch’n Go dikemas kini setiap 48 jam.

CARA AKTIFKAN PAYDIRECT & TOPUP TOUCH ‘N GO ONLINE

Langkah 1: Lancarkan aplikasi Touch’n Go eWallet.

Langkah 2: Klik ikon PayDirect untuk tambah kad Touch’n Go (Jika anda belum tambah kad Touch ‘n Go ke dalam eWallet) Klik ikon PayDirect untuk menanda kotak persetujuan (Jika anda telah tambah kad Touch ‘n Go ke dalam eWallet)

Langkah 3: Tambah nilai  eWallet anda melalui kad kredit/debit, perbankan Internet FPX, atau dengan PIN Tambah Nilai TNG.

Langkah 4: Gunakan kad Touch’n Go anda seperti biasa di plaza tol di lebuh raya yang mengambil bahagian (imbas pada pembaca kad atau dengan SmartTAG)

Langkah 5: Kadar tol akan dipotong terus dari eWallet anda.

Pada masa ini, PayDirect hanya boleh didapati di semua sistem tol terbuka di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Lihat senarai penuh lebuh raya yang mengambil bahagian dalam fungsi PayDirect di pautan berikut: https://www.tngdigital.com.my/paydirect.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Touch n Go eWallet, sila layari https://support.tngdigital.com.my/

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×