Jika anda sedang mencari pekerjaan pastinya anda mahukan pekerjaan yang diingini. Sudah pasti anda perlu menulis resume yang bagus dan tepat dengan jawatan yang dipohon. Jika anda cari diinternet, banyak panduan dan tips untuk mereka resume yang bagus. Tapi bukan mudah untuk memilih yang tips berguna.
Jangan risau kami kongsikan cara paling ringkas dan berkesan yang membolehkan anda dipanggil interview. Diulang sekali lagi, dipanggil interview . Bukan bermakna anda dapat kerja. Yang itu lain artikel kita bualkan.
Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia
Guna Ayat Mudah
Apa lagi cara paling ringkas selain mengunakan ayat-ayat mudah. Jangan sombong dengan mengunakan perkataan yang kita sukar nak explain baik dalam resume atau masa interview. Tergagap nak menjawab apa tugasan anda sewaktu bekerja di tempat kerja sekian-sekian.
Jauhilah perkataan yang jargon atau janggal dalam resume. Majikan suka membaca keseluruhan resume dengan cepat jadi kalau ayat dalam resume dirangka dengan kata kerja yang bombastik seumpama karangan SPM atau penulisan tesis bahasa melayu, payah si dia untuk memahami profil anda sebenarnya.
Kebanyakkan masa , hr akan membaca resume anda. Dia pasti sisihkan resume yang sukar nak dibaca lagi-lagi dia bukan dalam bidang kerja anda mohon.
Pastikan Pengalaman Relevan
Graduan paling tidak banyak pengalaman sesuai dengan jawatan dipohon. Maka itu terpaksalah mengorek aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar universiti sebagai bukti anda boleh memikul jawatan tersebut. Namun tidak salah pun, meskipun anda belum lagi bekerja , sila gunakan masa anda untuk aktiviti seperti kerja sukarela yang mencerminkan sifat kepimpinan dan komunikasi.
Anda dinasihatkan untuk menulis semua pengalaman kerja anda pernah ada tak kiralah cuma sekadar barista kopi sekalipun. Barangkali ia tidak sesuai dengan jawatan anda nak tapi ia boleh membantu majikan menilai profil kerja anda.
Gunakan latihan industri sebagai tiket terbaik dalam resume anda. Lebih lebih lagi jika ia berkaitan dengan bidang anda mahukan.
Tunjukkan Personaliti Anda
Tampilkan personaliti anda dalam resume boleh menjelaskan tentang siapa diri anda diatas kertas tu. Bakal majikan seperti merasa dekat dengan anda. Melalui cara ini anda akan dilihat lebih menonjol dikalangan semua calon.
Penampilan
Resume yang menarik juga menjadi perhatian HR supaya berminat membaca resume anda. Ia pasti menonjol dikalangan calon lain. Visual yang cantik sentiasa menjadi keutamaan pihak HR. Sekarang terdapat ramai pencari kerja mengunakan template resume percuma yang ada diinternet. Ia berkualiti tinggi dan kebanyakkannya percuma. Sebagai contoh nya Canva
Pencapaian Tertentu
Tulis pencapaian dalam resume dengan spesifik. Elakkan menyatakan frasa yang tidak jelas seperti “kemahiran komunikasi yang baik” atau “berdasarkan hasil”.
Jelaskan bagaimana anda menambahbaik kemahiran tersebut dengan secara terperinci tetapi dan ringkas.
Kategori Resume Terbaik
Terdapat 3 jenis resume untuk dibuat seperti kronologi terbalik, berfungsi atau berasaskan kemahiran.
Format kronologi terbalik:
Ini adalah format resume yang paling biasa, dan ia adalah yang terbaik untuk orang yang mempunyai banyak pengalaman kerja yang berkaitan untuk jawatan yang mereka inginkan.
Format Berasaskan Kefungsian/Kemahiran:
Struktur berasaskan kemahiran adalah alternatif jika anda kekurangan pengalaman kerja yang bersesuaian dengan jawatan dipohon sebagai graduan baru atau baru menukar kerjaya
Format Gabungan
Bagi pencari kerja yang memiliki berbagai kemahiran, menulis resume kombo boleh membantu anda mencari pekerjaan yang mementingkan pengetahuan berkenaan 3-4 bidang berbeza dan anda boleh tampilkan semuanya di CV anda.
Perkara Yang Perlu Ada Didalam dalam Resume Anda
-
- Maklumat Peribadi
- Ringkasan atau Objektif untuk Resume Profesional
- Pengalaman Kerja (dan Pencapaian)
- Pendidikan
- Kemahiran
Petua untuk menulis ringkasan resume:
-
- Susun sejarah kerja dan tawarkan ringkasan.
- Sertakan bakat yang paling penting dan relevan dengan jawatan.
- Sebutkan pencapaian anda yang paling penting. Gunakan nombor atau bullet point
- Dalam cv anda, sertakan kata kunci daripada keperluan kerja.