Tindakan Anda Wajib Buat Jika Benci Kerja Sekarang?

Jika kita pernah mengalami perasaan dimana kita benci dengan kerja kita sekarang , ketahui lah ramai juga merasakan begitu. Terdapat sebuah kajian diwujudkan oleh Gallup pada tahun 2019, dimana 85 peratus manusia benci dengan kerja mereka. Jadi, bukan ke lagi senang kalau kita berhenti? Tak ada susahkan sesiapa.

Well, kemungkinan kenyataan tu tak sesuai untuk dipukul rata. Masing-masing ada komitmen tersendiri dalam bajet perbelanjaan mereka. Nak bayar kereta lagi, rumah sewa lagi, makan minum, pakai , kirim mak ayah duit. Siapa yang nak bayar tu semua.

Terpaksalah menghadap muka bos yang jarang mengerti tugasan rumit kita di ofis. Tahunya suap macam kerja ,penghujungnya kita bazirkan masa cuti atau kerja hingga lewat malam untuk menunaikan kemahuan dia.

Sampaikan letakkan kepala dibantal pun masih lagi fikirkan kerja bertimbun di tempat kerja. Realitinya kita sukar untuk bertukar- tukar kerja. Dekat luar beribu lagi berebut dijawatan yang kita sedang kuasai ini.

Akan tetapi ini, tak bermaksud anda tak boleh berdamai dengan situasi anda benci dengan kerja anda. Disini kami kongsikan tindakan yang anda boleh buat bila kita benci kerja sekarang. Tapi, berhenti kerja tak ada dalam ni ya.

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Sebelum apa-apa baik kita tanya dulu, kenapa kita benci dengan kita sekarang. Adakah kerja yang tak dihargai? officemate yang suka membawang? atau tugasan kerja yang melampau ? atau pc kita guna tu tahun-tahun kebelakang? Sampaikan nak load google pun sempat goreng telur.
Tidak kiralah betapa sengsaranya hidup ditempat kerja ketahuilah kita bukan menghadapinya seorang diri. Mungkin kita tak tahu, beberapa lagi kawan kerja lain pun berkongsi rasa yang sama dengan kita. Secara psikologinya anda tak akan rasa terasing bak lagu Sudirman. Bolehlah kalau anda berminat untuk membuat sebuah team membawang dengan staff lain bercakap pasal bos dalam whatapp group tanpa dia. Atau bahasa professionalnya team ni ialah Support Group.
Bila kita dah sedar kenapa kita tak gembira, masa untuk menyuarakan isi hati yang terperangkap didalam. Luahkan masalah agar orang sekeliling boleh mendekati untuk membantu. Kalau tak cakap takkan ada sesiapa sedar anda sebenarnya tinggal tulis surat berhenti untuk berambus dari sana.
Kadang-kadang apa yang kita perlu buat untuk merasa tenang ialah luahkan kepada someone yang tepat. Luahkan masalah kepada orang yang salah boleh merosakkan keadaan.  Mungkin si dia yang anda bersembang jenis yang tikam belakang dan mahu kedudukan anda sebenarnya. Rupanya dia ialah musuh dalam selimut selama ini. Dan jangan juga kongsikan masalah tempat kerja disocial media. Membocorkan masalah tempat kerja boleh dikira melanggar etika professional.
Pertimbangkan pilihan anda ada. Jika anda sebenarnay berminat untuk bekerja dalam bidang itu secara freelance sila lakukannya. Susun batu loncatan untuk mencapai matlamat anda ke sana.
Bila anda bekerja kerja yang anda benci, perkara terakhir anda tak nak dengar ialah teruskan positif. Bunyi tak ada makna dan tak membantu langsung. Macam mana pun mengubah bagaimana cara anda melihat situasi itu boleh memberi perbezaan. Lihat setiap hari bekerja itu sebagai satu peluang untuk memperbaiki skil dan menerima sebagai cabaran dimana boleh membantu anda mendapatkan kerjaya diimpikan satu hari nanti.
Jika anda betul betul benci dengan kerja tu, selalunya anda akan melakukan kerja seminimum mungkin. Bagaimana pun jika anda letak usaha lebih dan buat sehabis mungkin , ia akan menguatkan keyakinan. Dari sini anda boleh meminta peluang untuk naik gaji atau naik pangkat jika anda berpindah ke syarikat lain.
Ini sememangnya perkara yang dinasihatkan untuk disemaikan dalam hati dan minda. Apakah tujuan anda bekerja selama ini? Adakah untuk menyara keluarga anda? Atau membantu ibu bapa dikampung? atau bagaimana?
Jika kita semai niat yang betul ketika bekerja, tak kiralah susah mana pun dugaan, kita boleh tempuh. Tubuh dan hati diabadikan kepada tuhan dan menganggap tugasan kerja itu sebagai ibadah memudahkan kita melakukan kerja dengan ikhlas dan tenang.

Leave a Comment