Terlupa Password MyBKC? | Cara Set Semula

 

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Anda terlupa kata laluan MyBKC ? Dibawah kami sediakan cara-cara penerima bantuan MyBKC yang terlupa kata laluan?

1. Sila tekan pada pautan “Terlupa kata laluan” di link ini : KLIK DISINI

2. Kepada sesiapa yang mempunyai emel berdaftar, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda (12 Digit)

3. Sila isi emel yang telah anda daftarkan dan kemudian tekan butang “seterusnya”

4. Kata laluan yang baharu akan diemelkan kepada anda melalui emel yang telah anda daftarkan.

5. Sila semak emel anda kemudian log masuk semula ke MyBKC

6. Sila masukkan nombor Kad Pengenalan dan sahkan kunci keselamatan anda untuk tujuan keselamatan.

7. Sila masukkan kata laluan sementara yang dihantar melalui emel kemudian anda boleh tukar semula kata laluan yang baharu.

Peringatan : Sila log sekali lagi selepas 24 jam sekiranya anda tersalah jawapan dengan soalan keselamatan dan paparan mesej. Ini kerana anda sudah tidak dibenarkan log masuk lebih dari 2 kali berturut-turut.

Bilakah Tarikh Portal BKC Mula Dibuka?

Portal Rasmi BKC telah dibuka sejak 6 September 2021.  Orang ramai dapat membuat semakan status kelayakan. Sekiranya anda merupakan penerima BPR 2021 dan telah mendaftar MyBPR, ID Pengguna dan kata laluan yang didaftarkan semasa MyBPR boleh diguna semula untuk log masuk kedalam MyBKC.

Pendaftaran Akaun Dan Kata Laluan MyBKC

Sesiapa yang masih belum pernah mendaftar MyBKC ataupun MyBPR, sila buat pendaftaran terlebih dahulu. Ikut cara – cara dibawah:

1. Tekan pautan log masuk berikut  KLIK DISINI

2. Sila masukkan nombor kad pengenalan (12 Digit)

3. Sila tekan pada daftar akaun dan kemudian lengkapkan maklumat keselamatan

4. Sila masukkan kata kunci keselamatan yang mudah anda diingati

5. Sila sahkan soalan dan jawapan yang telah anda pilih.

6. Sejurus selepas itu, paparan “Akaun Telah Berjaya Didaftarkan” akan muncul.

Semoga anda berjaya mendapatkan kembali kata laluan MyBKC anda. Kongsikan kepada semua orang.

Leave a Comment