Banyak jenis bantuan dan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kementerian dan Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing bagi membantu meringkan beban rakyat Malaysia terutamanya yang tidak berkemampuan.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Baca Juga :
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan-bantuan yang diperkenalkan :
Bantuan Tunai RM1300
Salah satu bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Kerajaan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.
Bantuan ini juga merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.
Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun selesai disalurkan kepada yang layak pada bulan Januari serta April lalu – sama ada melalui kredit terus ke akaun atau pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tarikh Pembayaran
Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa 3 pula, menurut kenyataan daripada pihak Kerajaan telah bersetuju untuk mengawalkannya dari jadual asal iaitu dibayar sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha di mana sepatutnya akan dibayar pada bulan Julai.
Seperti mana pembayaran STR Fasa 2 sebelum ini, pembayaran bagi Fasa 3 ini dijangka akan dibuat seminggu sebelum sambutan hari mulia berkenaan secara berperingkat.
Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim ketika di Dewan Rakyat berkata, pembayaran itu akan memanfaatkan lebih 8 juta penerima dengan kadar antara RM100 hingga RM1,300.
Berkenaan dengan semakan status kelulusan, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di sini https://bantuantunai.hasil.gov.my/, manakala jumlah pembayaran bagi setiap penerima pula boleh dirujuk – KLIK SINI.