Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
BKM atau lebih dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia ialah insentif berbentuk tunai buat golongan bersasar seperti B40 & M40. Ia diwujudkan untuk meringankan beban hidup buat rakyat Malaysia dalam waktu pasca pandemik.
Tambahan sekali, ia dapat membantu mangsa bencana alam yang berlaku 2 minggu lalu. Sedikit sebanyak boleh mengurangkan kesusahan yang dialami.
Alhamdullilah permohonan untuk bantuan BKM ini telah pun dibuka sejak awal tahun 2022.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemak
Apakah Syarat Kelayakan BKM?
Sila ikuti syarat kelayakan berikut :
1. Isi rumah – Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah.
2. Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
– Pendapatan isi rumah bawah RM5,000
– Had umur 60 tahun dan ke atas.
3. Bujang
– Ibu/ Bapa tunggal yang tidak mempunyai anak;
– Umur 21- 59 tahun
– Pendapatan bawah RM2,500 ke bawah
Bagaimana Cara Memohon Bantuan Keluarga Malaysia?
1.Lawat ke pautan berikut :https://bkm.hasil.gov.my/
2. Pilih Permohonan Baharu untuk daftar permohonan baru atau tekan Log Masuk BKM bagi tujuan kemaskini.
3. Isikan MyKad & kata laluan yang telah didaftarkan.
4. Tekan Kemaskini Permohonan.
5. Isi semua maklumat peribadi yang diperlukan.
6. Klik Teruskan setelah selesai.
7. Isi Kod Captcha pada menu Pengesahan.
8. Sila Tick pada butang Perakuan Pemohon.
9. Klik butang Hantar.
10. Jika ingin membuat cetakan, pemohon boleh klik butang Cetak.
Bilakah Tarikh Permohonan Dibuka?
Tempoh permohonan & kemaskini maklumat BKM bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.
FAQ & Soalan Lazim
Adakah Saya Perlu Membuat Permohonan Baru BKM?
Jika maklumat pemohon tiada dalam rekod pangkalan data sedia ada LHDNM, manakala penerima sedai ada yang ada sebarang perubahan maklumat hanya perlu buat kemaskini.
Bilakah Tarikh Pembayaran BKM Akan Dibuat?
Pembayaran akan dilakukan sebanyak 4 kali setahun. Tarikh pembayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah Kaedah Pembayaran BKM?
Pembayaran akan dilakukan sama seperti kaedah pembayaran BPR 2021 dan BKC sebelum ini.
Maklumat lanjut sila layari FAQ kerajaan di sini.