Terbongkar! Lelaki Ini Bocor Rahsia Lepas Ujian Fizikal SPA

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Umumnya mengetahui ujian fizikal lah antara ujian yang paling membimbangkan bagi sesiapa yang menjadi pemohon kerja dibawah SPA.

Tambah pula, keadaan badan masa memohon dalam keadaan yang cepat penat dan agak berisi. Pasti menjadi payah untuk lepas ujian penilaian fizikal ini.

Join group Tips Penjimatan Untuk Keluarga -> Group Whatsapp

Ujian ini secara ringkasnya dimana tubuh fizikal dan penglihatan calon akan diuji oleh beberapa penilai bagi menentukan sama ada dia mencapai kriteria yang ditetapkan oleh pihak SPA.

Ujian ini melibatkan pemeriksaan ukuran badan,pengukuran tahap penglihatan, pendengaran dan kekuatan fizikal.

Jawatan beruniform lazimnya memerlukan ujian Fizikal untuk lulus ke peringkat seterusnya.

Jadi, apa kata ikut kami kongsikan rahsia bagaimana untuk lepas ujian fizikal ini.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Body Mass Index (BMI)

Bmi ialah adalah peringkat utama yang diambil kira untuk mengurangkan jumlah calon yang layak. Calon harus mempunyai nilai berat badan dan tinggi dan sesuai mengikut kadar yang Pihak SPA mahukan

Kebanyakkan calon sebelum ini mencadangkan anda harus mendapatkan BMI ideal sekurang kurangnya seminggu sebelum ujian fizikal SPA.

Majoriti calon terpaksa pulang awal kerana BMI yang tidak memuaskan. Misalnya jika ada 200 Calon cuma 50 saja yang layak.

Ini menandakan betapa seriusnya BMI dalam ujian ini.

Ujian Pancaindera/ Melihat

Tahukah anda, ujian ini juga ramai calon yang kecundang. Lazimnya kerana gagal dalam ujian melihat dan pemeriksaan tubuh badan.

Postur tubuh & keadaan fizikal harus berada ditahap yang baik.

Ujian Kawad

Ramai juga mengalami kesukaran dalam ujian Kawad. Bagi yang pernah masuk aktiviti berkawad ketika di sekolah pasti kurang kekok bila kali pertama terpaksa belajar bagaimana untuk berkawad. Hayunan tangan dan berjalan adalah aspek dan kata kunci untuk lulus dalam ujian ini.

Kawad ialah satu kewajiban bagi setiap badan unit beruniform. Ia bukan sekadar latihan berirama akan tetapi sebagai simbol disiplin dan kesatupaduan sesebuah unit.

Ujian Kekuatan Fizikal

Bergantung pada jabatan, terdapat juga ujian angkatan beban, larian 4x10m, ujian lompatan dan juga larian 2.4km. Ramai juga kandas di peringkat ini. Saranan saya, bersungguh-sungguhlah berlatih bagi mendapatkan kekuatan fizikal dan stamina untuk lulus ujian ini. Jangan pandang mudah atau terlalu risau gagal. Berlatih dengan pergi ke gym, berlari setiap hari. Fokus dan buat yang terbaik.

Apakah Rahsia Untuk Persediaan?

    • Dapatkan berat badan ideal supaya BMI anda mencapai kriteria ditetapkan
    • Belajar cara asas bagaimana untuk berkawad agar tidak terpinga-pinga jika ada ujian berkawad yang tak disangka-sangka.
    • Latih badan secara fizikal dan daya tahan.
    • Jangan memandang remeh tentang ujian fizikal dan banyakkan larian setiap hari demi menguatkan stamina
    • Fokus dan buat sehabis mungkin ketika menjalani ujian
    • Berdoa dan berserah kepada tuhan.

Semoga artikel ini dapat memberikan sedikit pencerahan dan boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi sesiapa yang menjadi calon SPA kelak.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×