Tempoh Cuti Bersalin Ditambah 8 Hari | Cukup Ke?

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim telah mengumumkan bahawa tempoh cuti bersalin akan ditambah ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 untuk bacaan kali kedua. Beliau juga berkata ia adalah untuk memudahkan para pekerja lelaki yang mana mempunyai isteri yang bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh lebih panjang.

Tempoh cuti bersalin dari 90 akan ditambah 8 hari dan  cuti paterniti lelaki ditambah daripada 3 hari kepada 7 hari.

Idea cadangan ini sejajar dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep keluarga.

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

 

Pada 21 Mac Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265),dimana mencadangkan agar cuti paterniti dinaikkan daripada 3 hari kepada 7 hari setelah mendapat banyak sokongan.

Bukan itu sahaja, pekerja swasta pun akan menerima faedah yang sama.

Namun, kelayakan cuti paterniti adalah terhad kepada 5 kali kelahiran tanpa mengira bilangan isteri dan cuti bermula pada hari isteri bersalin.

Tambah lagi, pekerja lelaki perlu bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan sama.

Beliau berkata pindaan itu juga melibatkan pertambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari selaras Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Sumber: BERNAMA via Berita RTM

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×