Tebus Baucar Shopee Untuk Barangan Elektrik Bernilai RM400

Save 3.0 Shopee – Cara Claim Baucar RM400 Untuk Rakyat Malaysia

SAVE (Sustainabilty Archieved Via Energy Efficiency) 3.0 ialah e-Rebat atau baucar maksimum RM400 yang dilancarkan oleh Kementerian Tenaga & Sumber Asli (KeTSA).

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Apakah Itu SAVE 3.0?

Program SAVE 3.0 ini adalah sambungan daripada Program SAVE 1.0 & SAVE 2.0.

Melalui SAVE 3.0 ini, pembeli dapat insentif sehingga RM400 dengan pembelian barangan elektrik cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang bermula hari ini.

Apakah Syarat Kriteria?

    • Warganegara Malaysia.
    • Pemilik akaun elektrik domestik berdaftar dengan TNB (Tenaga Nasional Berhad), Sarawak Energy Bhd (SEB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) & NUR Power sahaja yang layak mohon.
    • Baucar ini boleh ditebus secara fizikal (manual) di kedai elektrik dan pasar raya yang berdaftar dan juga boleh ditebus secara fizikal (manual) di kedai elektrik dan pasar raya yang berdaftar dan juga boleh ditebus secara dalam talian (online) seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.
    • Yang sudah tebus SAVE 2.0 TIDAK LAYAK untuk memohon kategori 1 SAVE Program 3.0.
    • Rebat ini terhad untuk 1 akaun sahaja, siapa cepat dia dapat.

Apakah Kategori Baucar SAVE 3.0 Yang Ada?

Buat pengetahuan anda, program ini terbahagi kepada 2 kategori, berikut adalah kategori tersebut:

    • Kategori 1: Peti Sejuk/ Penghawa Dingin (RM200)
    • Kategori 2: TV / Mesin Basuh / Ketuhar Gelombang Mikro / Periuk Nasi (RM50 / RM100 / RM200)

Kategori Save 3.0

Bagaimana Cara Tebus SAVE 3.0 Shopee?

Cara tebus baucar shopee rm400

Cara Tebus SAVE 3.0

    1. Cari “SAVE 3.0” di Shopee.
    2. Chat dengan penjual/ seller untuk APPLY baucar tersebut.

Maklumat lanjut : https://shopee.com.my/m/program-save

Tebus di Lazada : https://www.lazada.com.my/program-save

Tebus di PG Mall : https://www.pgmall.my/

Lihat Cara Tebus Baucar SAVE 3.0 Di Kedai Elektrik

Langkah tebus secara manual, sila rujuk senarai kedai-kedai elektrik yang berdaftar di laman web berikut :

www.saveenergy.gov.my

Jangan lupa bawa Kad Pengenalan anda & bil elektrik untuk tebus baucar di kedai elektrik tersebut.

Info Lanjut

Perlukan bantuan & ada sebarang pertanyaan?

Sila hubungi SEDA Malaysia di 03-8870 5800.

 

 

Leave a Comment