Tarikh Umum Dividen Tabung Haji 2022 | Lihat Cara Kira Dividen

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

 

Tarikh Pengumuman Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2022

Pada setiap tahun, pengumuman kadar agihan hibah dan bonus (dividen Tabung Haji) biasanya akan diumumkan sekitar bulan Mac. Buat masa ini tarikh rasmi pengumuman belum ditentukan lagi.

Sepertimana ASB, segala urusan TH akan ditangguhkan sementara bermula bagi melancarkan urusan agihan keuntungan.

Pendeposit boleh semak agihan keuntungan yang dihantar ke akaun masing-masing selepas tarikh yang diumumkan kelak.

Sama ada menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam atau Bank Rakyat serta saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

Cara Buat Semakan Dividen Tabung Haji 2021

  1. Lawat ke laman web rasmi ThiJARI di  www.thijari.com.my.
  2. Isikan  Login ID yang telah didaftarkan.
  3. Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan terpapar setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI.
  4. Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.

Tak Perlu Bayar Zakat Selepas Terima Dividen Tabung Haji

Pada masa sama, TH turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi tahun 2020 berbanding RM86 juta pada 2019.

“Oleh itu, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.

“Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara,” kata TH.

Cara Kira Dividen Tabung Haji

Sebagai contohnya cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2020 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2020 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, contohnya 3.10% bagi tahun 2020.

Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

Maklumat Lanjut

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : th-info@lth.gov.my

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×