Tarikh Tutup Kemasukan Darjah 1 2023 Semakin Hampir | Daftar Anak Anda Segara

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Permohonan kemasukan ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 kini boleh dibuat mulai 1 Mac 2022.

Anak anda sudah boleh didaftarkan untuk Tahun 1 pada 2023 dan 2024 dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih untuk sesi tahun hadapan. Pendaftaran ini boleh dibuat secara online.

Pendaftaran boleh dibuat dilaman Web Kementerian Pendidikan Malaysia – KLIK DI SINI

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Apakah Syarat Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024?

    • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
    • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018

Apakah Jenis Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran?

    • Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
    • Sijil Lahir murid
    • Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
    • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
    • Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
    • Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
    • Bil Utiliti: SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

Bilakah Tarikh Permohonan Pendaftaran Murid?

    • Tarikh Mula : 1 Mac 2022
    • Tarikh Tutup : 30 April 2022
    • Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
    • Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022

Bagaimana Langkah Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024?

    • Sila pergi ke Portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
    • Sila tekan “Pengguna Baru
    • Sila tekan “Daftar Pengguna
    • Sila tekan “Daftar
    • Sila isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
    • Selepas anda berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan tekan pada menu “Tahun 1
    • Tekan “Permohonan Baharu
    • Sila masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pendaftaran
    • Sila lengkapkan maklumat di bawah:
        • Maklumat murid / pelajar
        • Maklumat kesihatan
        • Maklumat ibu bapa / penjaga
    • Sila tekan butang “Simpan” dan “Seterusnya”
    • Sila pergi ke “Semak Permohonan” untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan
    • Sila pergi ke menu “Perakuan” setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan
    • Sila semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu “Perakuan” dan tekan”Peraku Benar” Dan “Hantar” di bahagian paling bawah menu.
    • Kemudian Status permohonan murid akan dipaparkan
    • Sila cetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang anda inginkan, sila hubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri.

Sila tekan pautan untuk maklumat Pegawai E-Daftar Rendah yang anada boleh hubungi – KLIK DI SINI 

[pad]

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×