Adakah tarikh untuk STR Fasa 4 telah diumumkan oleh kerajaan? Ramai yang menanti bantuan terbaru untuk fasa terbaru ini. Adakah akan diawalkan tarikh pembayaran?
Jom semak maklumat penuh di bawah.
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4
Bayaran bantuan tunai kerajaan MADANI bagi golongan b40, m40 & golongan miskin telah dinamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Tarikh Rasmi : STR Fasa 4
Kerajaan juga telah memberi bantuan STR Tambahan SARa bernilai RM600 khas kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar.
Bantuan Lain :
Jumlah STR Bagi Fasa 4
Amaun jumlah pembayaran STR Fasa 4 adalah seperti berikut :
Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah:
- Tiada anak = RM200
- 1 – 2 anak = RM600
- 3 – 4 anak = RM900
- > 5 orang anak = RM1200
Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000
- Tiada anak = RM0
- 1 – 2 anak = RM0
- 3 – 4 anak = RM300
- > 5 orang anak = RM500
Warga emas (60 tahun ke atas)
- RM200
Bujang 21-59 tahun
- RM0
Bujang kurang upaya (OKU) (19-59 tahun)
- RM0
Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 4
Bilakah tarikh rasmi pembayaran untuk Fasa 4 STR? Adakah akan diawalkan pembayaran seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah media?
Tarikh rasmi masih lagi belum diumumkan. Tetapi yang pastinya bayaran akan diagihkan pada bulan November 2023 ini. Ramai berharap agar bantuan ini dapat diawalkan kepada bulan September.
- Pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat mulai November 2023
- Seperti sebelum ini, bayaran tunai bantuan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
- Manakala tanpa akaun bank atau status tidak aktif, pembayaran STR akan ditukar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Semakan Status STR Fasa 4
Semakan status & login boleh dilakukan secara online di portal rasmi STR https://bantuantunnai.hasil.gov.my/
STR Tambahan SARa
STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah skim pembiayaan tambahan yang diperkenalkan kerajaan semasa pembentangan Bajet 2023.
Bantuan ini disediakan bagi membantu golongan miskin tegar menghadapi kenaikan kos sara hidup.
Hanya isi rumah di bawah kemiskinan tegar yang disenaraikan dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Canselori layak mendapat STR tambahan ini.
RM600 akan dibayar dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar makanan asas.
Info Terperinci
Untuk maklumat lanjut mengenai semakan status STR Fasa 4, layari laman web STR https://bantuantunnai.hasil.gov.my/ atau hubungi LHDNM berhampiran atau hubungi talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747