Tarikh Pembayaran i-Citra Pada Bulan Oktober

Tarikh Pembayaran i-Citra Oktober akan dilaksanakan pada bulan ini. Umum sedia maklum, iCitra kini lebih mudah dikeluarkan dan ramai yang lulus untuk permohonan pengeluaran sehingga RM5,000 ini, Pembayaran pertama iCitra adalah pada bulan Ogos dan akan dibayar setiap bulan sehingga tempoh 5 bulan. Tarikh rasmi telahpun diumumkan oleh KWSP Portal Info akan kongsikan kepada anda segala info tentang berita ini.

Tarikh Pembayaran i-Citra Oktober

Pembayaran bulan Oktober telah ditetapkan pada awal bulan iaitu sekitar diantara tarikh 1-3 Oktober. Jadual pembayaran akan berlaku secara berperingkat mengikut batch/kumpulan masing-masing. Berikut merupakan tarikh rasmi untuk bulan-bulan pengeluaran i-Citra :

    • Ogos – 2 Ogos 2021
    • September – 1 September 2021
    • Oktober – 1 Oktober 2021
    • November – Akan dikemaskini
    • Disember – Akan dikemaskini

Maklumat Pengumuman KWSP

Berikut adalah isi daripada pengumuman KWSP berkenaan i-Citra Oktober:
  • Pembayaran amaun ke dalam akaun bank adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada bank.
  • Sila rujuk tarikh pembayaran di i-Akaun anda untuk maklumat lanjut.
  • Jika pembayaran pertama i-Citra bermula pada 2 Ogos, bayaran kedua akan bermula pada 1 September.
  • Jika bermula 3 Ogos, bayaran kedua akan bermula pada 2 September.
  • Tempoh pembayaran paling lambat adalah maksimum 2 minggu.

Cara Semakan Pembayaran i Citra

Untuk semakan kemasukan bayaran amaun dan status i Citra ahli KWSP, sila lihat cara di bawah :

    1. Lihat di sini : https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
    2. Masukkan MyKad dan Kata Laluan anda.
    3. Dan masukkan Nombor Telefon Bimbit anda.
    4. Klik pada kotak Saya Bukan Robot.
    5. Status penyata anda akan dipaparkan.

Soalan Lazim

Bilakah pembayaran i-Citra untuk Oktober?

    • Untuk bulan 10, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat pada 1 Oktober. Sila rujuk jadual sini untuk maklumat lanjut.

Kenapa pembayaran saya gagal kredit?

    • Pembayaran anda gagal disebabkan akaun penerima anda tidak tepat atau tidak aktif.

Kenapa saya masih tidak dapat bayaran bulan September?

    • Sila hubungi pihak KWSP atau pergi ke kaunter KWSP berdekatan untuk adukan kes masalah anda.

Rujuk KWSP untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment