Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Berikut dikongsikan sedikit sebanyak maklumat yang diterima mengenai tarikh dan jadual pembayaran.
Cara Semak BKM Fasa 1
Bagi mereka yang telah membuat permohonan dan kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia pada Januari 2022 yang lalu, anda kini boleh semak status permohonan anda sama ada diterima atau perlu rujuk ke LHDN.
Berikut adalah cara semak:
-
- Sila layari website rasmi: https://bkm.hasil.gov.my
- Isi Nombor Kad Pengenalan anda.
- Masukkan kod captcha.
- Klik semak.
- Status permohonan anda akan dipapar.
Anda boleh rujuk semakan status permohonan BKM anda sama ada lulus atau tidak di sini.
Tarikh Bayaran BKM Fasa 1
Untuk pengetahuan anda, penerima yang layak akan terima bayaran BKM sebanyak 4 kali untuk tahun 2022.
Tarikh rasmi pembayaran pula akan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dari semasa ke semasa.
Berikut adalah jadual pembayaran:
-
- Bulan Mac (Fasa 1)
- Bulan Jun (Fasa 2)
- Bulan September (Fasa 3)
- Bulan Disember (Fasa 4)
Anda boleh rujuk dalam jadual di bawah untuk pemahaman lanjut:
Bagi golongan Bujang BKM, penerima hanya akan dapat pada Fasa 1 (Mac) dan Fasa 3 (September) sahaja.
Harap maklum.
Info Lanjut
Ada pertanyaan yang anda ingin tanya mengenai bantuan ini?
Sila hubungi talian hotline BKM di
1-800-88-2747
atau rujuk FAQ BKM di sini.