Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Sudah pasti rakyat menyedari dimana bayaran i-Citra akan dibuat pada awal bulan. Ramai sudah tertanya-tanya bilakah agaknya mereka akan menerima jumlah wang tersebut.
Buat pengetahuan anda, pemohonan I-Citra sudah boleh dibuat secara online sahaja. Pengeluaran wang RM 5000 ini telah bermula pada bulan Ogos yang lalu dan akan dibayar setiap bulan dalam tempoh 5 bulan.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Bilakah Tarikh Pembayaran i-Citra November?
Dikhabarkan pelaksanaan bayaran I-Citra bulan November akan diawalkan pada 1 November 2021. Bayaran tersebut akan dibayar secara peringkat berdasarkan kumpulan masing-masing. Sila lihat tarikh rasmi untuk bulan-bulan pengeluaran i-Citra :
-
- Ogos – 2 Ogos 2021
- September – 1 September 2021
- Oktober – 1 Oktober 2021
- November – 1 November 2021
- Disember – Akan dikemaskini
Ringkasan Berkenaan Pengumuman Dari Pihak KWSP
-
- Pembayaran amaun hanya akan dibuat pada hari bekerja sahaja.
- Sila rujuk tarikh pembayaran di i-Akaun anda untuk maklumat lanjut.
- Jika pembayaran i-Citra Oktober anda pada 1 Oktober, bayaran untuk bulan November akan bermula pada 1 November.
- Bermula 2 Oktober, bayaran anda akan bermula pada 2 November.
- Ppembayaran paling lambat adalah maksimum 2 minggu.
Bagaimana Semak i Citra Online?
Semak kemasukan pembayaran & status i Citra ahli KWSP dengan mengunakan panduan dibawah:
- Layari https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
- Isi MyKad dan Kata Laluan anda.
- Isikan Nombor Telefon Bimbit.
- Tanda Saya Bukan Robot.
- Status penyata anda terpapar.
Setakat ini, anda masih dibenarkan memohon iCitra ini jika ingin mengeluarkan wang KWSP sebanyak RM5,000.
Sebarang pertanyaan & kemusykilan sila rujuk FAQ di sini.