BKC : Bayaran Fasa 1 Bermula 6 September

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Pada 28 Jun lalu, kerajaan mengumumkan Pakej Pemulih sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik Covid-19. BKC ialah sebahagian daripada inisiatif PEMULIH, selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi. Akhirnya penerima bantuan khas Covid-19(BKC) menerusi Pakej Pakej Perlindungan dan Ekonomi(PEMULIH) yang sepatutnya  diagihkan pada ogos akan dikreditkan bermula 6 september tahun ini. Jadi berita baik untuk semua penerima bantuan ini.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu temubual bersama BERNAMA, mengemukakan yang bayaran Bantuan Khas Covid-19 akan mula dibayar secara berperingkat bermula 6 September 2021 atau lebih tepat isnin ini. Menurut beliau “Saya sentiasa peka keluh rakyat dan berharap agar bantuan BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat. Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 billion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.

Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021,” katanya dalam satu kenyatan, pada Rabu.”

Baca Juga: Semakan Status & Jumlah Bayaran BPR Fasa 3 – September 2021

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Bantuan Khas Covid (BKC)

tarikh bayaran bkc

Sebarang maklumat lanjut dan semak pembayaran BKC, sila klik di pautan berikut – BKC Bantuan Khas Covid-19

Bilakah Tarikh Pembayaran BKC?

Dibawah merupakan tarikh baru rasmi yang telah diumumkan Perdana Menteri ke-9:

bkc

Fasa Pembayaran BKC

Kategori Miskin Tegar

    • Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM1,300 iaitu RM500 (Fasa 1), RM500 (Fasa 2) dan RM300 (Fasa 3).
    • Individu bujang / warga emas / sebatang kara kategori miskin akan menerima bantuan sebanyak RM500 iaitu RM200 (Fasa 1) dan RM300 (Fasa 2).

Kategori B40

    • Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM800 iaitu RM500 (Fasa 1) dan RM300 (Fasa 2).
    • Warga emas / sebatang kara kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 (Fasa 1).
    • Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 (Fasa 1).

Kategori M40

    • Isi rumah kategori M40 menikmati bantuan sebanyak RM250 (Fasa 1).
    • Warga emas / sebatang kara kategori M40 menerima bantuan RM100 (Fasa 1).
    • Bujang kategori M40 akan menerima bantuan RM100 (Fasa 1).

Apakah Kriteria Kelayakan?

    • Penerima bagi miskin tegar dan B40 ialah bersandarkan semakan Bantuan Prihatin Rakyat 2021, iaitu pendapatan RM5,000 ke bawah bagi isi rumah atau warga emas, manakala bergaji RM2,500 ke bawah untuk individu bujang.
    • Golongan M40 pula layak menerima BKC sekiranya melaporkan cukai pendapatan, dengan jumlah gaji antara RM5,001 hingga RM9,000 bagi golongan isi rumah dan berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk individu bujang.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban anda semua. Sila kongsikan berita gembira kepada kenalan dan sanak saudara.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×