Cara Tangguh Bayaran PTPTN | Jenis Permohonan Yang Ditolak!

PTPTN ialah sebuah tabung kerajaan dalam usaha membantu golongan berpendapatan rendah demi mendapatkan dana untuk menyambung belajar untuk pusat pengajian tinggi.

Setelah tamat pengajian, ansuran pinjaman PTPTN harus dibayar selepas enam bulan.

Buat peminjam yang menerima penukaran ujrah, tempoh bayaran balik anda akan ditetapkan berdasarkan baki pinjaman anda.

Akan tetapi sekiranya, anda mempunyai masalah dalam pembayaran hutang PTPTN, anda digalakkan untuk mendapatkan kemudahan penangguhan bayaran balik.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Sedikit Makluman Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Penangguhan PTPTN mempengaruhi  beberapa perkara:

    • Nama peminjam di dalam rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS).
    • Sekatan keluar negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia. Peminjam juga tak dapat memohon atau memperbaharui pasport.
    • Salurkan nama kepada pihak ketiga lain bagi maksud pemantauan

Apakah Syarat Penangguhan?

    • Peminjam yang telah menamatkan pengajian terdahulu dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa.
    • Peminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negara.
    • Peminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester).
    • Peminjam yang telah menamatkan pengajian tetapi masih belum bekerja (tiada pendapatan). Tempoh maksima yang dibenarkan adalah 24 bulan dari tarikh mula bayar balik pinjaman.
    • Peminjam yang menerima penajaan lain, Penangguhan hanya boleh dipertimbangkan setelah membayar keseluruhan jumlah tajaan yang bertindih.
    • Peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan, penangguhan hanya dipertimbangkan setelah kos guaman diselesaikan.

Muat Turun Borang Tangguh PTPTN Online

Tekan link dibawah untuk muat turun

*Borang tersebut mengandungi cara dan syarat kelayakkan memohon. Sila isi dengan lengkap dan dikembalikan pada PTPTN seperti alamat yang tertera pada borang.

Jenis Permohonan Yang Tidak Dipertimbangkan

    • Pinjaman Konvensional;
    • Peminjam yang melanjutkan pengajian secara separuh masa (contohnya PJJ, program Eksekutif atau setaraf);
    • Peminjam yang mengambil cuti belajar dengan bergaji penuh atau bergaji separuh atau cuti tanpa gaji atas urusan peribadi;
    • Peminjam menyambung belajar secara sepenuh masa dengan bergaji penuh atau bergaji separuh atau menerima sebarang elaun semasa/sepanjang tempoh pengajian; PTPTN-P-04/2-2004 Pin.10
    • Peminjam tidak bekerja dan tempoh bayaran balik asal telah melebihi 24 bulan;
      Peminjam telah bekerja.

Info Penting

    • Ansuran bulanan dan kos pengurusan sepanjang penangguhan akan menyebabkan jumlah tertunggak yang perlu dibayar sebaik sahaja tempoh penangguhan tamat.
    • Tempoh penangguhan bayaran balik ditetapkan oleh PTPTN. Ia cuma akan diluluskan setelah pertukaran Ujrah dilakukan.

Leave a Comment