Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Tak Perlu Bayar 10% Deposit Rumah Dengan Skim Pinjaman Kerajaan
Mesti ramai yang tidak sedar akan kewujudan Skim Rumah Pertamaku (My First Home). Untuk makluman anda ia adalah sebuah skim pinjaman perumahan yang terbuka kepada kakitangan di sektor awam & swasta, termasuk untuk mereka yang bekerja sendiri.
Melalui skim ini, pemohon yang layak bakal menerima pembiayaan pinjaman perumahan sehingga 110%, bermaksud pinjaman tanpa deposit 10% yang biasa dikenakan untuk membeli rumah.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
dan ditegaskan bukan hanya penjawat awam saja yang dapat pelbagai bantuan-bantuan perumahan, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri pun layak pun layak untuk memohon skim ini.
Apakah Skim Rumah Pertamaku?
Mari kita tahu lebih dalam tentang Skim ini. Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia.
Ia diperkenalkan untuk memberi bantuan atau inisiatif buat pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini juga membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.
Apakah Syarat Kelayakan?
Berikut adalah syarat kelayakan individu bagi memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP).
-
- Warganegara Malaysia sahaja
- Pembeli rumah pertama sahaja
- Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
- Pemohon individu atau bersama
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
- Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama
- Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
- Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas.
Apakah Keperluan Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku?
Jika anda telah menepati semua syarat kelayakan di atas, cuma beberapa syarat pembiayaan Skim Rumah Pertamaku (SRP) lagi yang perlu diketahui:
Berikut adalah keperluan pembiayaan :
- Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
- Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
- Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
- Insurans / takaful kebakaran diwajibkan
- Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:
- Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://learn.akpk.org.my
- Tempoh moratorium selama 5 tahun
Bank Yang Terlibat?
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme) ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:
- Affin Bank Berhad
- Maybank Islamic Berhad
- Alliance Bank Malaysia Berhad
- Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
- OCBC Al Amin Berhad
- AmBank Berhad
- AmIslamic Bank Berhad
- Public Bank Berhad
- Public Islamic Bank Berhad
- Bank Islam Malaysia Berhad
- RHB Bank Berhad
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
- CIMB Bank Berhad
- CIMB Islamic Bank Berhad
- Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
- Standard Chartered Saadiq Berhad
- Hong Leong Bank Berhad
- Hong Leong Islamic Bank Berhad
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Skim Rumah Pertamaku (SRP) di pautan berikut: http://www.srp.com.my/