Wajar Ke Akaun Bank Bekas Suami Akan Dibekukan Jika Tak Bayar Nafkah

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa akaun bank bekas suami akan dibekukan jika ingkar perintah Mahkamah untuk bayar nafkah kepada bekas isteri ketika ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu, 19 Mac yang lalu.

Menurut beliau, kerajaan berbuat demikian agar dapat menjaga kepentingan wanita dan anak-anak dalam isu tuntutan nafkah.

Join group Tips Penjimatan Untuk Keluarga -> Group Whatsapp

Berdasarkan inisiatif , nafkah yang dibayar kepada bekas isteri akan dibayar melalui potongan bank suami.

“Apabila kes mahkamah dimenangi wanita dalam tuntutan nafkah, sukar bekas suami untuk bayar dan mereka ingkar perintah mahkamah.

“Jadi apabila kita bekukan, jika mahkamah perintahkan bayaran RM1,000 sebulan jadi bank akan diarahkan untuk bayar terus kepada isteri,” katanya.

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Dalam pada itu, demi menjaga dan menghargai wanita, Ismail Sabri juga mengumumkan bahawa kerajaan menyediakan kelonggaran kepada isteri yang kehilangan suami dibenarkan wanita bekerja dari rumah sehingga tamat tempoh iddah.

Sebelum ini, Ismail berkata ketua jabatan dan pengurusan tertinggi semua organisasi mewajibkan wanita yang kematian suami bekerja dari rumah (BDR) dalam tempoh bersesuaian bagi memudahkan urusan keluarga serta peninggalan suami dapat diselesaikan.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×