Tak Ada Lagi Abang JPJ Sebelah | Ujian Lesen Memandu Baru Bermula April

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Mesti berdebarkan jika mahu melalui ujian memandu.

Lagi lagi bila disebelah ada ‘abang’ senior yang mengintai dan merekodkan segala yang kita buat masa memandu.

Sama ada ada salah ke tak, ikut tertib pemanduan berhemah ke tidak.

Pendek kata, semua pemandu percubaan akan berasa gentarlah bila memandu dalam perhatian.

Berita baiknya, JPJ akan laksanakan sistem eTesting mulai April 2022 di seluruh negara!

Apakah sebenarnya e- Testing JPJ ni?

Apakah eTesting JPJ?

Bermula bulan April pegawai JPJ tidak akan bersama pemandu disebelah.

Sebaiknya, calon akan dipantau menerusi bilik kawalan.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan ujian lesen memandu secara automasi atau ‘e-Testing’ yang bakal dilancarkan sempena Sambutan Hari JPJ ke-76, pada bulan April nanti.

 

Bagaimanakah Pelaksanaan Sistem Baharu Ini?

Tidak perubahan ketara dalam sistem ujian pemandu dengan ia mengekalkan enam peringkat ujian iaitu belajar dalam kelas, litar dan jalan raya.\

“Kebanyakan proses ujian, bahagian 1,2, 3 akan dipantau sepenuhnya melalui gajet IT. Biasanya pihak JPJ paling kurang ada 6 orang satu IM (Institut Memandu) guna e-testing kita boleh jimatkan petugas, kita boleh ‘mobilize’ petugas lain untuk kerja-kerja penguatkuasa sebab sistem hanya memerlukan 2 hingga 3 orang sahaja,” kata Datuk Zailani Hashim pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 JPJ.

Sistem ini secara ringkasnya, pegawai JPJ akan berada dibilik kawalan dan pelajar akan memandu seperti biasa berseorangan.

 

Kebaikan Sistem eTesting JPJ Yang Diperkenalkan

Kebaikan sistem ini dipercayai boleh menguatkan kepercayaan masyarakat terhadap intergriti pemantauan yang dilaksanakan oleh pegawai kerajaan. Ia juga mengurangkan kebergantungan jumlah pegawai dengan tindakan memantau secara elektronik dan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

Bukan itu sahaja keputusan juga boleh dikeluarkan dengan segera.

Setakat ini terdapat 232 institut memandu di seluruh negara sudah boleh mendapatkan aplikasi e-Testing ini dengan membeli menerusi pusat penyedia yang dilantik JPJ.

Tak usah khuatir kerana JPJ masih memantau sistem ini sama ada institut latihan memandu yang anda sertai itu menepati enam elemen yang ditegaskan oleh pihak JPJ.

Untuk pengetahuan anda, Korea dan Jepun telah mengunakan khidmat teknologi ini.

Sumber: Berita RTM

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×