Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) pada hari ini telah mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus dan ia melibatkan jumlah nilai sebanyak RM2.46 bilion bagi tahun kewangan 2021.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, mengatakan bahawa jumlah itu akan memanfaatkan untuk lebih 8.4 juta pendeposit Tabung Haji dengan jumlah keuntungan diagih sebanyak RM219 juta lebih tinggi dan meningkat 2.9 peratus jika dibandingkan dengan sebanyak RM2.24 bilion untuk tahun 2020.
Menurut Datuk Idris Ahmad , agihan keuntungan tahun itu ialah kompetitif, dengan mengambil kira faktor kadar yang lebih tinggi daripada purataa kadar deposit tetap perbankan Islam untuk tempoh 12 bulan, iaitu 2.36 peratus.
Kadar berkenaan telah dikira bersama peruntukan zakat bernilai RM107 juta, yang akan ditunaikan kepada semua Majlis Agama Islam negeri bagi pihak si pendeposit.
“Kadar pulangan 2021 juga adalah selepas mengambil kira keadaan persekitaran perniagaan dan pasaran sukuk serta saham yang mencabar pada tahun lalu, selain dua keperluan Tabung Haji.
“Keperluan berkenaan ialah mengagihkan keuntungan secara berhemah dan mampan mengikut kemampuannya serta membina pegangan rizab bagi memastikan kedudukan kewangan Tabung Haji terus kukuh untuk masa hadapan,”
Kenyataan itu diucap beliau pada sidang media Majlis Agihan Keuntungan Tabung Haji 2021 bersama yang turut hadir iaitu Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Amrin Awaluddin.
Kedudukan kewangan Tabung Haji terus kekal mampan dan kuat dengan aset bernilai RM88.73 bilion yang dijangkakan melebihi liabiliti berjumlah RM85.51 bilion pada 31 Disember lalu.
Bukan itu sahaja, jumlah simpanan deposit dijamin kerajaan telah mencapai jumlah RM83.33 bilion dan merupakan kadar tertinggi dalam sejarah Tabung Haji sejak 59 tahun penubuhannya.
Menurut beliau lagi, jumlah kos operasi juga telah merudum sebanyak empat peratus berbanding 2020, kesan daripada pengurusan kewangan kemas, manakala jumlah pendapatan meningkat 2.9 peratus kepada RM3.24 bilion bagi tahun kewangan 2021 berbanding RM3.15 bilion bagi 2020.
Bila disoal berkenaan jemaah haji 2022, Idris berkata, Kerajaan Arab Saudi belum memanggil mana-mana negara untuk mendiskusikan tentang isu operasi haji tahun ini.
Dalam pada itu, Azman berkata, agihan keuntungan ditetapkan pada kadar sama sejak 2019 itu dibuat berdasarkan beberapa faktor walaupun Tabung Haji mampu memberikan agihan lebih tinggi bagi tahun kewangan 2021.
“Kadar agihan keuntungan kekal pada tahap 3.1 peratus, namun jumlah bayaran kepada pendeposit naik RM219 juta.
“Memang kita ada penjimatan kerana tidak dapat menghantar jemaah menunaikan haji sejak 2019, tetapi tak semua boleh dijimatkan, terutamanya kos tetap, selain Tabung Haji perlu mengambil kira faktor tabung sebagai persiapan masa depan,” .
Kredit – Berita Harian