Contoh Surat Pengesahan Pendapatan Untuk Yang Tak Bekerja Tetap

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Untuk pengetahuan semua, surat pengesahan pendapatan ialah merupakan sebuah surat rasmi yang mengesahkan individu yang tidak mempunyai gaji atau upah tetap.

Diantara kerja yang tidak tetap adalah seperti upah mengupas kelapa, petani ataupun penoreh getah. Golongan sebegini tidak mempunyai slip gaji.

Join group Tips Penjimatan Untuk Keluarga -> Group Whatsapp

Setiap permohonan demi mendapatkan bantuan seringkali meminta individu tersebut mendapat pengesahan pendapatan untuk yang tidak bergaji tetap.

Secara ringkasnya, surat pengesahan pendapatan ini boleh mengantikan slip gaji sebagai dokumen yang diperlukan untuk permohonan bantuan kerajaan.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Pengesahan Surat Pengesahan Pendapatan

Surat ini bertindak sebagai surat pengakuan tentang berapa upah bulanan individu tersebut dan disahkan oleh pihak tertentu.

Pihak Yang Bertanggungjawab Mengesahkan Ialah :

    • Ahli Parlimen
    • ADUN
    • Ketua Kampung
    • Ketua JKKK
    • Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas
    • Pengetua Sekolah
    • Jaksa Pendamai
    • Pesuruhjaya Sumpah

Sekiranya anda gagal bertemu pihak 1 sehingga 7, anda digalakkan untuk bertemu dengan pesuruhjaya sumpah.

Dimana lokasi terletaknya Pesuruhjaya sumpah ini boleh dicari di laman web. Senarai lokasi pesuruhjaya sumpah akan ditertera.

Perkhidmatan untuk mengesahkan yang dibuat oleh pesuruh jaya sumpah dikenakan caj sebanyak RM4 untuk sehelai surat pengesahan.

Perkara Yang Wajib Dinyatakan Dalam Surat Pengesahan Pendapatan

  1. Nama penuh
  2. Alamat
  3. Nombor kad pengenalan
  4. Pekerjaan
  5. Pendapatan bulanan
  6. Tandatangan individu
  7. Tandatangan pengesahan
  8. Cop rasmi

Contoh Surat

Format rasmi bagi surat ini tidak pernah dibuat. Akan tetapi cukuplah sekadar ada ruang untuk menyatakan maklumat yang diperlukan.

Dibawah ialah contoh surat yang boleh dijadikan rujukan.

Surat ini akan dianggap rasmi sebaik saja ditandatangani. Jadi, perlulah anda bercakap benar berkenaan upah yang diberikan setiap bulan.

Laporan polis akan dibuat sekirannya anda dilaporkan memberikan kenyataan palsu.

[pad]

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×