Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau dikenali sebagai bantuan tambahan Sumbangan Tunai Rahmah merupakan penambahbaikan yang melibatkan perincian kepada golongan miskin tegar, dan tambahan RM600 berbanding peruntukan awal.
Beberapa penambahbaikan boleh dilihat dalam Belanjawan Awam 2023, dengan STR maksimum sehingga RM3,100, manakala RM2,500 dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
STR merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah untuk membantu golongan kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan akan menyediakan sumbangan STR tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang terdapat dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Perdana Menteri dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas bernilai RM100 untuk tempoh enam bulan.
Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Jumlah STR tambahan sehingga RM600 disediakan secara khas kepada penerima manfaat isi rumah yang dikenal pasti sebagai miskin tegar.
Kelayakan untuk kadar premium ini terhad kepada:
- Penerima isi rumah disenaraikan sebagai miskin tegar dalam rekod data eKasih; dan
- Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 mengikut semakan silang agensi pendapatan
Semakan Kelayakan
Bagi yang tidak pasti sama ada nama anda berada dalam eKasih, sila semak status pendaftaran melalui pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/
Cara Semak Status di Portal MYKASIH
- Layari Portal Semakan di Portal MyKasih: Klik Sini
- Di bahagian atas paparan, klik Semak Status
- Masukkan nombor ID anda tanpa (-).
- Kemudian sila masukkan captcha yang betul mengikut gambar yang diberikan.
- Klik butang Semak Status untuk menyemak.
Artikel Berkaitan :
Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Bantuan tambahan daripada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan antara Julai dan Disember 2023.
Sila rujuk jadual di bawah:
- SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
- SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
- SARA 3 – September 2023 (RM100)
- SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
- SARA 5 – November 2023 (RM100)
- SARA 6 – Disember 2023 (RM100)
Maklumat Lanjut
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my untuk maklumat lanjut.
Sumber : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html