STR Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Akan Dikreditkan

STR Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Akan Dikreditkan. Semasa pembentangan bajet 2024, kerajaan bersetuju meneruskan pemberian sumbangan tunai rahmah (str) dengan jumlah peruntukan meningkat kepada rm10 bilion berbanding rm8 bilion pada 2023.

Sumbangan Tunai Rahmah

Dengan peningkatan peruntukan ini, kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700. Manakala, kadar minimum STR iaitu untuk golongan bujang atau belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Apa yang menariknya semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana 2 kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM.

Tarikh Bayaran STR Fasa 2

Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : Februari 2024 (*dijangka disalurkan sebelum Ramadan)
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

 

Baca juga disini –> KWSP Akaun 3 : Tarikh Pelaksanaan Pengeluaran & Syarat Kelayakan

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

Berikut adalah merupakan kadar bayaran STR yang telah ditetapkan:

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.

  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran bakal dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tidak mempunyai maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Cara Semakan

Berikut adalah merupakan kaedah untuk melakukan semakan status:

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  • Klik lok masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  • Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Leave a Comment