Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun.
Kerajaan telah menaikkan bayaran STR Fasa 1 (2024) sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding RM300 pada Fasa 1 tahun lalu.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600.
Bantuan STR ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.
TARIKH BAYARAN STR FASA 2
Sedia maklum STR Fasa 1 mula dibayar pada 29 Januari 2024 lalu. Manakala tarikh bayaran STR fasa 2 dijangkakan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.
Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024. Jumlah ini dijangkakan akan bertambah sehingga 9 juta penerima.
JUMLAH BAYARAN
Jumlah bayaran belum diumumkan setakat ini. Akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
CARA BAYARAN
Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran iaitu
- Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan
- Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).