Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
SPA9 Login: Cara Daftar & Semakan Jawatan Kosong Kerajaan
Menjawat jawatan dalam sektor kerajaan / awam sememangnya menjadi impian anak muda yang baru sahaja tamatkan pengajian terutama lepasan SPM. Hal ini kerana, selain sektor swasta, bekerja di sektor kerajaan mampu memberikan jaminan masa hadapan yang lebih cerah atas beberapa faktor tertentu seperti tangga gaji yang menarik selain mempunyai pencen. Kepada anda yang ingin menjawat jawatan sebagai kakitangan awam, anda haruslah membuat permohonan melalui SPA9 iaitu sistem di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Yang terkini, SPA8i yang kini dipanggil SPA9 adalah penambahbaikan sistem yang telah dilakukan oleh pihak SPA.
Portal Info akan kongsikan kepada anda maklumat terperinci tentang SPA9 login ini.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: https://t.me/portalsemakan
Apakah Itu SPA9?
Untuk makluman, SPA9 atau dikenali sebagai Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA9) merupakan penambahbaikan daripada sistem yang sedia ada iaitu SPA8i.
SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan permohonan bagi jawatan kosong kerajaan secara atas talian yang digunakan oleh pemohon bagi memohon perkerjaan dalam sektor Perkhidmatan Awam Am Persekutuan.
Sistem SPA9 login telah dibangunkan dengan penggunaan Kad Pengenalan di mana pemohon boleh melihat dan mengemaskini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan.
Mohon Juga: Permohonan Guru DG41 ‘One-Off’ Mulai 7 Julai 2021 (18,702 Kekosongan)
Cara-Cara Daftar SPA9 Login (SPA9)
Terdapat langkah yang perlu anda ikut untuk mendaftar SPA9 login, sila baca dengan teliti perkongsian di bawah.
Sama ada anda mahu memohon dan pendaftaran pekerjaan di peringkat persekutuan boleh semak iklan SPA9 login masuk seperti di bawah ini sama ada di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA9 Putrajaya, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Sarawak, Sabah, Terengganu, Kelantan, Johor, Pahang, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan.
Umum mengetahui bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah memustuskan bahawa:
- Tempoh sah laku pendaftaran calon perkhidmatan awam spa8i adalah satu (1) tahun.
- Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja tidak termasuk jawatan PDRM.
- Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
-
- Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkiat Ijazah sahaja.
- Calon yang memiliki Ijazah / Diploma / STPM / STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkiat Ijazah / Diploma / STPM / STAM sahaja.
- Calon yang memiliki Diploma / STPM / STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma / STPM / STAM / Sijil Matrikulasi / Sijil Politeknik / SPM / SVM dan Latihan Separa Perubatan.
Ikuti langkah mudah di bawah berikut untuk memohon atau membuat pendaftaran SPA9 login iaitu pendaftaran kerja kerajaan online.
Kelebihan & Keistimewaan Bekerja Di Sektor Kerajaan (SPA9 Login)
Untuk makluman, terdapat beberapa kelebihan dan keistimewaan bekerja dalam sektor awam atau kerajaan. Antaranya adalah:
-
- Mendapat pelbagai jenis elaun seperti elaun perumahan, elaun sara hidup dan sebagainya.
- Mendapat Bantuan Khas Kewangan Perkhidmatan Awam (Bonus / Imbuhan Tahunan).
- Mendapat kenaikan gaji berkala (Setiap tahun / setiap gred jawatan berubah atau kenaikan pangkat).
- Mendapat kemudahan pinjaman seperti perumahan dan kenderaan.
- Mendapat pelbagai jenis cuti seperti cuti bersalin dan sebagainya.
- Mendapat pilihan simpanan hari tua menggunakan caruman KWSP atau pencen.
- Kos perubatan ditanggung oleh kerajaan bagi pegawai serta keluarga pegawai tertakluk pada terma dan syarat.
Langkah 1.0: Pendaftaran MyID SPA9 Login
Berikut Portal Info kongsikan tatacara penggunaan sistem SPA9 login berdasarkan rujukan manual yang dikeluarkan rasmi oleh pihak SPA.
Pertama, masuk ke portal rasmi SPA9 di https://spa9.spa.gov.my/login
A. Paparan skrin pendaftaran Akaun Baru adalah seperti di atas, apa yang anda perlu lakukan ialah:
-
- Isi maklumat pengguna. Pastikan semua kekosongan yang bertanda * diisi dengan betul.
- Sila isi bahagian Soalan Keselamatan. Sila pastikan pemohon untuk mengingati jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuan penetapan semula kata laluan (reset).
- Masukkan Kata Laluan dan Kod Keselamatan.
- Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum menghantar pendaftaran tersebut.
- Klik “Daftar”.
B. Untuk makluman, pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja.
C. Untuk mendaftar, klik “Pendaftaran Pengguna” untuk halaman pendaftaran.
Langkah 2.0: Lupa Kata Laluan
A. Paparan skrin lupa Kata Laluan akan dipaparkan seperti di atas, apa yang anda perlu lakukan ialah:
-
- Sila isi maklumat asas. Pastikan semua medan yang bertanda * diisi.
- Masukkan Kata Laluan baharu dan Kod Keselamatan.
- Isi maklumat Soalan Keselamatan. Calon dapat memilih soalan keselamatan antara Nama Ibu dan Negeri Kelahiran atau Alamat Pengguna.
- Klik “Hantar”.
B. Untuk reset, klik “Lupa Kata Laluan” untuk ke halaman Lupa Kata Laluan.
Langkah 3.0: Log Masuk SPA9 Login
A. Paparan Skrin Log Masuk adalah seperti di atas, langkah yang anda perlu lakukan ialah:
-
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan yang dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini.
- Klik “Log Masuk”.
B. Jika pemohon adalah pengguna kali pertama, sila klik pada “Pengguna Kali Pertama”.
C. Jika pemohon ingin reset Kata Laluan, sila klik “Lupa Kata Lalauan”.
Langkah 4.0: Kata Laluan / Soalan Keselamatan
4.1 Tukar Kata Laluan
A. Paparan skrin Tukar Kata Lalauan adalah seperti di atas:
-
- Sila masukkan Kata Laluan Baru dan Sahkan Kata Laluan Baru. Pemohon perlu pastikan medan bertanda * diisi.
- Klik “Hantar”.
4.2 Tukar Jawapan Soalan Keselamatan
A. Skrin Tukar Jawapan Soalan Keselamatan akan dipaparkan seperti di atas:
-
- Halaman ini akan memaparkan dua bahagian iaitu bahagian jawapan Soalan Keselamatan dan bahagian Tukar Jawapan Soalan Keselamatan.
- Isi di bahagian Tukar Jawapan Soalan Keselamatan.
- Pastikan semua medan bertanda * diisi.
- Klik “Hantar”.
5.0 Maklumat Pemohon
5.1 Maklumat Peribadi
Klik pada pautan Maklumat Peribadi dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses “Daftar Akaun Baru”.
A. Paparan skrin Maklumat Peribadi adalah seperti di atas:
-
- Sila isi semua Maklumat Peribadi di ruang yang disediakan.
- Klik “Simpan” setelah semua maklumat lengkap diisi.
B. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan * yang berwarna merah.
5.2 Maklumat Kelayakan Akademik
Klik pada pautan Maklumat Kelayakan Akademik dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:
5.2.1 PT3 / PMR / SRP
A. Skrin PT3 / PMR / SRP akan dipaparkan seperti di atas:
-
- Pemohon perlu pilih Tahun, Peperiksaan, Mata Pelajaran, Gred dan klik “+” untuk menambah mata pelajaran di senarai mata pelajaran yang di jadualkan di bawah.
- Klik “Simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat tersebut disimpan.
B. Pemohon perlu isi semua maklumat yang ditanda dengan bintang berwarna *.
5.2.2 SPM / SPVM / SPMV
A. Paparan skrin SPM / SPVM / SPMV akan dipaparkan seperti di atas:
-
- Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. Jika maklumat pemohon wujud di Lembaga Peperiksaan Malaysia, maklumat aka dipaparkan dan tidak dibenarkan membuat perubahan.
- Sila pilih Jenis Sijil peperiksaan yang diduduki.
- Sila pilih mata pelajaran mengikut keputusan sijil dalam ruangan Mata Pelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setipa mata pelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Tekan pada butang “+” untuk menambah mata pelajaran.
- Untuk makluman, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV / SPVM / mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf).
- Peperiksaan Kali Kedua (jika berkenaan) adalah untuk diisi oleh pemohon yang menduduki peperiksaan SPM mengikut Sistem Terbuka Sahaja. Jika berkaitan, tekan pautan Peperiksaan Kali Kedua.
- Klik “Simpan” setelah maklumat anda lengkap diisi.
B. Pemohon perlu mengisi maklumat yang ditandakan dengan * yang berwarna merah.
5.2.3 SVM
A. Skrin SVM akan dipaparkan seperti di atas:
-
- Sila pilih Tahun, Jenis Sijil, dan Nama Sijil di ruang yang disediakan dan tekan “Simpan”.
- Sila pilih gred bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SVM.
- Sila isi Gred PNGK dan PNGKV di ruang yang disediakan.
- Sekiranya anda ingin mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan, sila tekan pada butang “Hapus Keputusan”.
B. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan * yang berwarna merah.
5.2.4 Peperiksaan Ulangan
A. Paparan skrin Peperiksaan Ulangan adalah seperti di atas:
-
- Sila pilih Tahun, Mata Pelajaran, Gred dan klik “+” untuk tambah mata pelajaran di senarai mata pelajaran.
- Klik “Simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat tersebut disimpan.
B. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan * yang berwarna merah.
5.2.5 SKM
A. Paparan skrin Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) akan dipaparkan seperti di atas:
-
- Sila pilih Tahun Sijil, Nama Sijil dan klik “+”.
- Klik “Simpan” maklumat lengkap diisi bagi memastikan maklumat tersebut disimpan.
B. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan * yang berwarna merah.
5.2.6 STPM
A. Paparan skrin Peperiksaan STPM akan dipaparkan seperti di atas:
-
- Sila pilih Tahun Peperiksaan, Jenis Sijil, Mata Pelajaran, Gred dan klik “+”.
- Sila isi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).
- Klik “Simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat telah disimpan.
B. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan simbol * yang berwarna merah.
5.2.7 STAM
A. Paparan skrin bagi Peperiksaan STAM adalah seperti di atas:
-
- Sila pilih Tahun Peperiksaan, Jenis Sijil, Mata Pelajaran, Gred dan klik “+” untuk tambah.
- Klik butang “Simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk pastikan maklumat tersebut disimpan.
B. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan simbol * yang berwarna merah.
Nota: Untuk makluman, Keputusan Peperiksaan STAM – Peperiksaan Kali Kedua adalah hanya untuk diisi oleh pemohon yang menduduki peperiksaan tersebut dua (2) kali. Jika berkaitan, tekan pada pautan Peperiksaan Kali Kedua.
5.2.8 Sijil Matrikulasi KPM
A. Paparan skrin Keputusan Sijil Matrikulasi APDM KPM akan dipaparkan seperti gambar di atas.
B. Jika maklumat pemohon wujud di sistem Kementerian Pelajaran Malaysia, maklumat akan dipaparkan dan tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran.
5.2.9 Pengajian Tinggi
A. Skrin Keputusan Pengajian Tinggi akan dipaparkan di atas:
-
- Sila pilih Tahun Graduasi, masukkan CGPA (PNGK).
- Pilih Peringtkat Pengajian, Peringkat Kelulusan, Institusi Mengeluarkan Sijil, Institusi Francais Luar Negara, Pengkhususan, Masukkan Nama Sijil, Tarikh Kelulusan Senat dan Biasiswa Pengajian.
- Klik butang “Simpan” setelah maklumat lengkap diisi untuk memastikan maklumat yang diisi disimpan.
B. Calon diingatkan untuk mengisi semua maklumat yang ditandakan * dengan berwarna merah.
PERINGATAN:
Bagi ruangan kolum institusi yang mengeluarkan sijil adalah bermaksud: Institusi yang mengeluarkan sijil Ijazah / Diploma / Sijil yang diterima semasa graduasi dan BUUKAN tempat Kolej / Universiti calon belajar.
5.2.10 Profesional / Ikhtisas
A. Ruangan ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang memiliki sijil daripada badan-badan profesional dan ikhtisas yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
B. Paparan skrin Kelayakan Daripada Badan-Badan Profesional / Ikhtisas akan dipaparkan seperti gambar di atas:
-
- Sila pilih Nama Sijil, Tarikh Keahlian dan masukkan No. Keahlian.
- Klik pada butang “+” untuk tambah.
- Klik pada butang “Seterusnya” untuk ke halaman setersunya.
6.0 Maklumat Sedang Berkhidmat
6.1 Kategori Perkhidmatan
A. Paparan menu ini dipaparkan jika pemohon memilih “YA” pada soalan “Adakah anda sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam / Kerajaan Tempatan / Badan Berkanun / Polis? “. Soalan tersebut terdapat pada skrin Maklumat Pemohon.
Pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A) dan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (Lampiran D) hendaklah dibawa semasa sesi temuduga.
B. Klik pada menu Pegawai Sedang Berkhidmat, sub-menu “Kategori Perkhidmatan” dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan.
C. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan * yang berwarna merah.
PERINGATAN:
Calon yang tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan, sila klik butang “Set Semula” bagi maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat terlebih dahulu dan klik “Simpan”.
6.2 Maklumat Perkhidmatan
A. Klik pada menu Pegawai Sedang Berkhidmat, sub-menu “Maklumat Perkhidmatan” dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan:
B. Sila isi Tarikh Lantikan Pertama ke Perkhidmatan Awam, pilih Skim dan Gred Perkhidmatan Lantikan, Gred Jawatan Sekarang dan masukkan Tarikh Lantikan ke Skim Perkhidmatan.
C. Isi Tarikh Pengesah ke Skim Perkhidmatan Sekarang (jika berkenaan), pilih Kemeterian / Jabatan Tempat Bertugas, Negeri Tempat Bertugas dan Bahagian / Daerah / Jajahan Tempat Bertugas.
D. Klik butang “Simpan”.
E. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan * yang berwarna merah.
6.3 Peperiksaan PSL (Peningkatan Secara Lantikan)
A. Klik pada menu Pegawai Sedang Berkhidmat, sub-menu “Peperiksaan PSL” dan paparan skrin seperti di bawah:
B. Pemohon yang menduduki Peperiksaan PSL perlu mengisi Tarikh Lulus Peperiksaan PSL.
C. Tekan butang “+” untuk tambah.
D. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan * yang berwarna merah.
7.0 Maklumat Bekas Tentera
A. Ruang ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang terdiri daripada bekas tentera.
-
- Pilih Kategori dan Pangkat.
- Klik “Simpan”.
B. Jika calon merupakan bekas tentera, medan kategori bekas tentera yang ditamatkan perkhidmatan akan muncul. Calon dikehendaki untuk memilih salah satu daripada 24 perkara tersebut.
C. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan * yang berwarna merah.
8.0 Maklumat Bukan Akademik
8.1 Kebolehan Bahasa
A. Ruang Kebolehan Bahasa hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Kebolehan Bahasa.
-
- Plih Bahasa / Dialek.
- Pilih Penguasaan Bahasa.
- Klik “+”.
B. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan * yang berwarna merah.
8.2 Bakat
A. Ruang Bakat hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Bakat.
-
- Pilih Bakat.
- Klik “+” untuk tambah.
B. Pemohon perlu mengisi semua mkalumat yang ditandakan dengan * yang berwarna merah.
8.3 Sukan
A. Bahagian Sukan hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Sukan.
-
- Pilih Jenis Sukan, Peringkat Penglibatan.
- Klik “+” untuk tambah.
B. Pemohon perlu mengisi segala maklumat yang ditandakan * berwarna merah.
8.4 Penerima Bantuan
A. Bahagian Penerima Bantuan hanya perlu diisi jika ibu / bapa / pemohon merupakan penerima bantuan Program Kesejahteraan Rakyat / Bantuan Kebajikan Masyarakat / Program Perumahan Rakyat.
B. Pemohon perlu isi maklumat:
-
- Pilih No. Pendaftaran / Rujukan.
- Pilih Jenis Bantuan.
- Klik “Simpan”.
C. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan * berwarna merah.
8.5 Kurang Upaya
A. Bahagian Kurang Upaya pula adalah untuk diisi oleh pemohon yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja.
B. Sila isi maklumat:
-
- Pilih No. Pendafataran.
- Pilih Jenis Kurang Upaya.
- Klik “Simpan”.
C. Pemohon perlu mengisi maklumat yang ditandakan dengan * yang berwarna merah.
9.0 Jawatan Dipohon
9.1 Bakat
A. Sila klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Bakat” seperti di bawah berikut akan dipaparkan:
B. Pilih Jawatan Bakat Layak Dipohon dan “+”.
C. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan * yang berwarna merah.
9.2 Latihan Separa Perubatan
A. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Latihan Separa Perubatan” seperti berikut akan dipaparkan:
B. Pilih Jawatan Latihan Separa yang layak dimohon dan tekan “+”.
C. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan * berwarna merah.
9.3 PT3 / PMR
A. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “PT3 / PMR” seperti berikut akan dipaparkan:
B. Pilih Jawatan PT3 / PMR yang layak dimohon dan tekan “+”.
C. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan * berwarna merah.
9.4 SPM / SPVM / SPMV / SVM / SKM
A. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “SPM / SPVM / SPMV / SVM / SKM” seperti berikut akan dipaparkan:
B. Pilih Jawatan SPM / SPVM / SPMV / SVM / SKM yang layak dipohon dan tekan “+”.
C. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan * berwarna merah.
9.5 Diploma / STPM / STAM / Matrikulasi
A. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Diploma / STPM / STAM / Matrikulasi” seperti berikut akan dipaparkan:
B. Pilih Jawatan Diploma / STPM / STAM / Matriklulasi yang layak dipohon dan tekan “+” untuk tambah.
C. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan * yang berwarna merah.
9.6 Ijazah
A. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Ijazah” seperti berikut akan dipaparkan:
B. Pilih Jawatan Ijazah yang layak dipohon dan tekan “+” untuk tambah.
C. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan * yang berwarna merah.
10. Perakuan Pemohon
10.1 Semakan Maklumat Permohonan
A. Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:
PERINGATAN:
Pemohon perlu semak semula senarai jawatan yang dimohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh pendaftaran adalah sama. Jika sama ia bermaksud permohonan BERJAYA sampai ke pihak SPA. Jika tidak sama, calon diminta untuk semak semula padanan maklumat yang dimasukkan di setiap menu. Pastikan semua bahagian yang bertanda * diisi dan SIMPAN.
10.2 Perakuan Pemohon
A. Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan paparan skrin seperti akan muncul:
B. Sila klik pada pautan SETUJU dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
C. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian pemohon meninggalkan langkah untuk menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses.
D. Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.
PERINGATAN:
Pastikan semua maklumat adalah sama seperti maklumat yang didaftarkan.
11. Semakan Permohonan SPA9 Login
11.1 Status Permohonan
A. Apabila pautan “Permohonan Yang Telah Didaftarkan” ditekan, paparan skrin seperti berikut akan dipaparkan:
PERINGATAN:
Pemohon perlu semak semula senarai jawatan yang dimohon adalah seperti yang calon pilih. Pastikan tarikh hantar dan tarikh pendaftaran adalah sama. Jika sama ia bermaksud permohonan BERJAYA sampai ke pihak SPA. Jika tidak sama, calon diminta untuk semak semula padanan maklumat yang dimasukkan di setiap menu. Pastikan semua bahagian yang bertanda * diisi dan SIMPAN.
11.2 Status Permohonan Semasa
A. Apabila pautan “Status Permohonan Semasa” ditekan, skrin seperti berikut akan dipaparkan:
11.3 Status Permohonan Jawatan Yang Pernah Dimohon
A. Apabila pautan “Status Permohonan Jawatan Yang Pernah Dimohon” ditekan, skrin seperti berikut akan dipaparkan:
Maklumat Lanjut SPA9 Login
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Cara Daftar & Semakan Jawatan Kosong Kerajaan, sila rujuk maklumat berikut:
1. Soalan Lazim
2. Manual Pengguna
3. Hubungi SPA
-
- Telefon: 03-8091 9000
- ePertanyaan SPA
Kami doakan semoga permohonan anda dalam SPA9 login ini berjaya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.