SOP perniagaan terkini sepanjang tempoh ‘Total Lockdown’ 1 Jun – 14 Jun 2021.
Pada 30 Mei 2021 jam 5 petang, satu sidang media telah diadakan oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai SOP Sekatan Pergerakan Penuh (Total Lockdown).
Portal Info ingin berkongsi isi kandungan penting pengumuman berkenaan terutamanya berkaitan dengan isu perniagaan di laman rasmi kami.
Baca Juga: BPR Tambahan & Moratorium Automatik
Sidang media berkenaan telah mengumumkan SOP Sekatan Pergerakan Penuh yang akan berkuatkuasa selama 14 hari bermula 1 Jun ini susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang mencecah 9,020 pada Sabtu yang lepas.
SOP Operasi Perniagaan
Berikut merupakan SOP operasi perniagaan:
- Kompleks membeli belah / shopping mall TIDAK DIBENARKAN KECUALI premis perniagaan yang dibenarkan seperti kedai runcit, makanan, dan sektor perlu yang disebutkan.
- Pasar Raya DIBENARKAN namun terhad kepada sektor keperluan asas sahaja seperti makanan, makanan haiwan dan yang disebutkan di atas.
- Restoran, gerai dan outlet makanan DIBENARKAN hanya untuk bawa pulang atau secara penghantaran (delivery).
- Dobi DIBENARKAN termasuk dobi layan diri.
- Kedai haiwan / veterinar DIBENARKAN.
- Kedai cermin mata DIBENARKAN.
- Kedai hardware DIBENARKAN.
- Bengkel kenderaan DIBENARKAN.
- E-dagang DIBENARKAN.
- Pemborongan & pengedaran di bawah perkhidmatan perlu DIBENARKAN.
Untuk makluman, semua operasi perniagaan diselaraskan dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam sahaja.
Baca Juga: Pembayaran Akan Berakhir Pada Jun 2021. Buat Semakan Segera!
Lain-Lain Aktiviti Yang Dibenarkan & Tidak Dibenarkan
- Pasar malam / pasar tani biasa tidak dibenarkan.
- Tadika / taska tidak dibenarkan KECUALI bagi frontliners dan bagi yang kedua ibu dan bapa mereka sahaja dibenarkan.
- Sukan rekreasi hanya jogging & senaman (sukan individu) dan tidak boleh melebihi jam 8.00 malam.