Soalan ‘Bocor’ Interview Kerja Kerajaan | Gerenti Lulus!

Soalan Temuduga SPA ni kadang-kadang susah untuk diduga jadui amat payah untuk prepare sebelum berdepan situasi interview.

Pasti anda pun sudah jelas bahawa gagal temuduga SPA akan melenyapkan peluang anda untuk mengisi jawatan kosong kerajaan.

Jadi, baca artikel ini kami akan kongsikan beberapa soalan yang ditanyakan pada kebanyakkan interview.

Soalan ‘bocor’ ini bukan lah bermakna soalan ini akan disediakan masa interview anda. Tetapi ia cuma berdasarkan pengalaman seseorang dan berdasarkan tekaan beredukasi yang boleh dijadikan panduan agar anda tidak terping pinga sewaktu dalam situasi temu duga.

Tempoh Sahlaku Permohonan SPA

Tempoh sahlaku permohonan melalui SPA adalah satu (1) tahun. Korang dikehendaki mengisi semula atau mengemaskini permohonan apabila tempoh sahlaku telah tamat.

Semakan Penjadualan Temuduga

2 kaedah yang sering digunakan oleh pihak SPA untuk menghebahkan sebarang penjadualan temuduga ialah seperti di bawah :

Facebook SPA : https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/

Portal SPA : http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-temu-duga/

1. Soalan Temuduga SPA Mengenai Skop Kerja

Anda haruslah mengetahui skop kerja yang anda bakal lakukan sekiranya dilantik. Soalan topik ini seringkali disoal untuk mana-mana temuduga kerajaan.

Sebaiknya anda hafal dekripsi tugas dan bidang kerja.

Contoh Soalan Temuduga SPA Berkaitan Jabatan / Kementerian

Kebiasaannya setiap jawatan sudah ditentukan penempatan.

Sebagai contohnya jika anda ditempatkan dikementerian seperti KKM. Anda haruslah bersedia dengan soalan yang berbunyi sebegini:

” Siapa menteri yang menerajui KKM sekarang? ” 

atau..

” Siapa nama Ketua Pengarah Kesihatan? Timbalan beliau? “

Sebaiknya, anda dinasihatkan untuk menghafal maklumat nama menteri, timbalan menteri, Ketua Pengarah, timbalan Ketua Pengarah, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut dan lain-lain.

Contoh Soalan Bonus Dalam Temuduga SPA

” Kenapa awak mohon jawatan ni? “

Jangan sesekali menjawab remeh soalan sebegini.Walaupun ia kedengaran ringkas tetapi jawapannya amat penting bagi sesebuah jawatan tersebut.

Contoh Soalan Wajib Dalam Temuduga SPA

” Sila ceritakan serba sedikit mengenai diri awak ” 

Soalan asas ini benda biasa yang ditanya dimana-mana temuduga termasuklah di sektor swasta.

Bentukkan kisah cerita berkenaan anda lebih tertumpu kepada siapa diri anda , pendidikan  dan pengalaman kerja yang memfokuskan kepada bidang kerja yang dipohon.

Tekankan pada aspek-aspek kritis dengan skop kerja agar kedengaran lebih berhemah dan tidak melencong ke topik yang lain. 2 atau 3 minit adalah tempoh masa yang sangat afdal agar si penemuduga tidak berasa tepu dan bosan dengan penerangan anda.

” Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan ini? “

Jawapan bagi soalan ini cuma boleh didapati jika anda membaca dengan lebih terperinci. Bertanyakan kepada lebih pakar secara spesifik berkenaan bidang kerja ini dan buat ulang kaji sendiri tentang apa yang menjadikan seorang itu boleh mendapat jawatan itu.

” Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan ini? “

Hujah anda haruslah berkaitan dengan pengalaman dan kemahiran korang kemudian sesuaikan dengan jawatan tersebut.

Pihak kerajaan mahu melihat sejauh mana anda boleh menyumbangkan kebolehan anda dalam keperluaan kerja nanti.

2. Soalan Dan Jawapan Temuduga SPA

Semua soalan lazim dalam temu duga SPA ialah berdasarkan:

  • Pengenalan diri
  • Kelayakan dan pengalaman
  • Info jawatan
  • Temuduga dalam Bahasa Inggeris
  • Penyelesaian masalah
  • Kenegaraan
  • Isu Semasa

Bidang Pengenalan Diri

Soalan temuduga SPA ini berkenaan  dalam melihat sejauh mana kesediaan calon dalam aspek peribadi. Korang boleh menjawabnya menggunakan kaedah :

  • kronologi
  • kreatif
  • retorik

Sila Terangkan Siapa Anda?

Contoh Jawapan Temuduga SPA:

Nama saya Hasif Bin Amir. No kad pengenalan, 404050-60-9090. Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah membentuk kerjaya untuk menjadi Penolong Pegawai Operasi yang akan berkhidmat kepada negara. Demi mencapai matlamat ini, saya telah melanjutkan pengajian dalam bidang diploma pentadbiran awam. InsyaAllah jika berpeluang saya, akan menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda Pentadbiran Awam.

Saya mempunyai pengalaman 1 tahun bekerja dalam bahagian pentadbiran di sektor swasta dan terlibat dalam projek-projek. Saya yakin dengan gabungan kelayakan akademik dan pengalaman yang saya miliki, saya berkebolehan untuk memikul tanggungjawab yang diberi.

Bidang Kelayakan Dan Pengalaman

Soalan temuduga ini akan diteliti dari segi kesesuaian dan kaitan pengalaman dengan tugas yang dipohon dan bagaimana pengalaman tersebut membantu calon menjalankan tugasan kelak.

Anda baru saja habis pengajian, adakah awak mempunyai pengalaman kerja?

Contoh Jawapan Temuduga SPA:

Meskipun saya baru sahaja menamatkan pengajian, saya menghabiskan masa membantu keluarga di restoran. Selain mencari wang tambahan, saya membantu keluarga menguruskan restoran.

Sewaktu bekerja, saya belajar bagaimana menguruskan pembelian barang-barang dapur, menguruskan akaun dan berkomunikasi dengan pelanggan.

Bidang Info Jawatan

Soalan temuduga berkenaan ini anda akan dilihat sama ada anda mengambil tahu tentang jabatan atau kementerian yang bakal korang ditugaskan kelak. Ini menjadi kunci kepada panel untuk melihat minat sebenar korang.

Bidang Penyelesaian Masalah

Soalan temuduga berkaitan penyelesaian masalah juga sering diajukan.

Apakah yang awak dapat sumbangkan untuk mewujudkan situasi bekerja yang positif dalam jabatan sekiranya awak diterima?

Contoh Jawapan Temuduga SPA:

Saya berpendapat, pembahagian tugas kepada semua anggota adalah penting berdasarkan kelemahan dan kekuatan setiap anggota. Hal ini dapat memberikan produktiviti yang tinggi dan menjadikan situasi kerja lebih baik dari sebelumnya.

Bidang Kenegaraan

Soalan ini agak sukar lagi-lagi bagi calon yang kurang peduli berkenaan nasional.

Tips: Pedulikan hal hal pentadbiran negara dan sebahagian politik di negara.

Boleh terangkan secara ringkas dan padat apa itu 1Malaysia?

Contoh Jawapan Temuduga SPA:

1Malaysia adalah sebuah gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada 2 April 2009. Antara intipati gagasan ini adalah idea satu bangsa. Tanpa mengira kepelbagaian etik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakan idea ini.

Bidang Isu Semasa

Soalan ini boleh didatangkan sebagai bentuk soalan bersikap temporari. Jadi, anda harus peka tentang apa yang berlaku disekeliling anda.

Apa pendapat awak mengenai kenaikan harga barang?

Contoh Jawapan Temuduga SPA:

Pada pendapat saya, jika kenaikan tersebut adalah disebabkan oleh kenaikan harga barangan mentah dan minyak seperti di pasaran minyak global, saya bersetuju tetapi jika

ia disebabkan oleh pihak yang memonopoli pasaran seperti yang terjadi di musim perayaan dan musim kenaikan gaji hal ini sangat tidak wajar dan kerajaan wajib memantau perkembangan situasi ini.

Mantapkan Resume

Resume ialah dokumen penting diri yang akan dibaca sementara anda menjawab segala soalan tadi.

Dokumen ini wajib untuk disediakan.

Kesimpulan

Semua soalan ini adalah berdasarkan pengalaman dari calon-calon temuduga sebelum ini. Ada berbagai topik dan aspek yang tidak kurang bezanya dengan sektor swasta. Akan tetapi, mengetahui maklumat berkenaan jabatan yang dipohon amat dititik beratkan oleh penemu duga. Masakan anda akan bekerja ditempat yang anda kurang jelas misi dan visi jabatan tersebut.

Namun, soalan tersebut cuma rujukan dan panduan untuk anda. Jangan obses dan terlalu memikirkan jawapan untuk soalan diatas. Lakukan persediaan lebih terperinci dan lebih effisien agar anda tidak terpinga-pinga.

 

Leave a Comment