Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Adakah anda tergolong dari masyarakat yang hilang mata pencarian? Berminat untuk menjadi ‘rider’ bagi syarikat penghantaran makanan, barangan dan keperluan harian?
Berita baik untuk anda kerana TEKUN NASIONAL melalui Program TEKUN Mobilepreneur 4.0 yang telah dilancarkan bagi tahun 2021.
Buat pengetahuan anda, TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 telah dilancarkan dengan menumpukan kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan kerana terjejas dari pandemik yang berlaku.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Apakah Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0?
Sebelum memohon haruslah anda tahu, latar belakang skim ini. Program ini ialah untuk usahawan perkhidmatan penghantaran yang menggunakan motosikal.
Ia ialah insiatif kerajaan di bawah TEKUN Nasional membantu masyarakat akibat penularan COVID-19 dan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Melalui skim ini, pembiayaan boleh dibuat atas tujuan:
-
- Pembelian motosikal
- Baik pulih motosikal
- Modal pusingan
Apakah Syarat Kelayakan?
-
- Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
- Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
- Pemohon bukan berstatus muflis.
- Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
- Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
- Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
- Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
- Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
- Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam ( MOT )
- Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.
Berapakah Jumlah Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0?
Nilai Pembiayaan adalah diantara RM1,000 – RM10,000 dan menurut kadar tujuan seperti:
-
- Pembelian motosikal
- Baik pulih motosikal
- Modal pusingan
Cara Permohonan
Sesiapa yang berminat boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan TEKUN Mobilepreneur 4.0.
- Borang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP25 / JPP17)
- Gambar pemohon ukuran passport
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
- Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
- Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
- Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
- Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
- Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
- Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
- Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir)
- Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)
- Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan
Info Penting
Untuk mengelakkan ketidaktepatan maklumat dan salah faham. Skim ini bukan bersifat bantuan dan harus dibayar semula. Tekun Nasional sememangnya popular dikalangan usahawan dalam mendapatkan modal pusingan dalam perniagaan.
Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah 1 tahun sehingga 3 tahun.
Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut tentang Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur, sila berhubung dengan pihak TEKUN Nasional di talian 03-9059 8888.
Anda juga boleh mendapatkan info terkini serta mengajukan sebarang pertanyaan melalui Facebook Rasmi TEKUN Nasional di pautan https://www.facebook.com/tekunasional/posts/238477901644622