Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia Bermula Hari Ni Sehingga 31 Disember 2021

Demi  menstabilkan harga barangan keperluan pada masa ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) berkuat kuasa 7 hingga 31 Disember ini.

Join Channel Telegram Rasmi  https://t.me/portalsemakan

Menurut Menteri Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, hal itu bertujuan demi  menstabilkan harga barangan keperluan pada masa ini selain mengekalkan keberadaan bekalan dalam pasaran.

Skim ini membabitkan kawalan harga ke atas item tertentu seperti ayam, telur ayam dan beberapa jenis sayur-sayuran.

“Antaranya, ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya) dan ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal).

“Selain itu telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji), telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) dan telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji).

Beliau berkata, pada masa sama, pengumuman harga bagi barangan yang terbabit akan dilakukan dalam waktu yang terdekat iaitu ayam dan telur akan dilakukan bermula di peringkat ladang, borong dan runcit.

“Senarai barangan akan dikaji secara berterusan dan akan ditambah atau digugurkan berdasarkan penilaian situasi pasaran.

“Semua pihak di seluruh rantaian bekalan dari kalangan pengeluar, pemborong, pengedar dan penjual dinasihatkan dan diberi amaran akan tindakan tegas diatas kegagalan mematuhi skim ini dan juga bagi barang keperluan pengguna yang lain,” katanya.

 

 

 

Leave a Comment