Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Pembelanjaan bulanan rumah anda boleh dikurangkan jika anda memohon dibawah program SADE. Anda akan mendapat bil air percuma setiap bulan.
Sememangnya suka untuk percaya. Jadi, semak kelayakkan memohon terlebih dahulu.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Dasar ini telah diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk mengurangkan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah kerana tahap inflasi dan kos sara hidup yang semakin tinggi hari ini.
Program ini dijual diwujudkan agar ia dapat mencorakkan semula struktur industri air di Selangor dengan cara lebih holistik supaya dapat berkhidmat dengan lebih efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.
Apakah Syarat- Syarat Memohon?
-
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
- Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang).
- Premis kediaman mempunyai meter individu.
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.
Nota:
Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan tetap menerima 20 meter padu air percuma di bawah SADE secara automatik sehingga 31 Disember 2021 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).
Apakah Skim Air Darul Ehsan (SADE)?
Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah ialah program pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah bawah RM4,000.
Bagaimana Cara Memohon Skim Air Darul Ehsan (SADE)?
- Permohonan SADE boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang https://ssipr.selangor.gov.my
- Borang permohonan boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut: www.airselangor.com
- Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)
- Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke iprair@airselangor.com ataumelalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
- Nota:
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendaftaran adalah secara atas talian di www.ssipr.selangor.gov.my. Pelanggan juga boleh memuat turun borang permohonan di laman sesawang www.airselangor.com dan borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke iprair@airselangor.com
Rayuan Permohonan
Pemohon yang telah mendaftar dan berstatus gagal, pemohon hanya perlu login ke sistem SSIPR di https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/login dan tekan butang ‘Permohonan Rayuan’ di bahagian bawah paparan skrin permohonan Skim Air Darul Ehsan beliau.
Kemaskini dan tekan hantar
Muat turun Borang Permohonan Skim Air Darul Ehsan di laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com dan hantar borang lengkap bersama sama maklumat terkini ke iprair@airselangor.com atau mana-mana sepuluh (10) Kaunter Perkhidmatan Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd
Maklumat Lanjut
Lawati https://www.airselangor.com/residen…/skim-air-darul-ehsan/