Skim Bencana Pekerjaan Perkeso Covid-19
Untuk makluman semua, apabila pekerja telah disahkan positif Covid 19 di tempat kerja atau Person Under Investigation (PUI) disabitkan terbit daripada dan disebabkan oleh pekerjaan dan menjalani tempoh kuarantin boleh memohon tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) melalui majikan.
Dibawah skim ini, PERKESO telah menubuhkan badan tindakkan khas untuk menyiasat tuntutan di bawah skim berkenaan bagi mempercepatkan urusan bayaran kepada mereka yang terbabit.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me.portalsemakan
Adakah anda tahu apa itu Skim Bencana Pekerjaan PERKESO COVID-19?
Skim ini diwujudkan demi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit yang berpunca daripada pekerjaannya.
Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan seperti berikut:
-
- Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan anda.
- Kemalangan semasa dalam perjalanan untuk bekerja atau semasa bekerja.
- Kemalangan semasa kecemasan.
- Penyakit khidmat.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me.portalsemakan
Baca Juga : Cara Ganti Kad Pengenalan Melalui Telefon Tanpa Perlu Isi Borang
Bagaimana dengan Syarat Tuntutan?
Syarat bagi sesiapa yang ingin mendapatkan tuntutan PERKESO akibat jangkitan COVID-19 ialah:
-
- Masih sedang bekerja.
- Masih aktif sebagai pencarum Socso.
- Paling utama ialah dijangkiti COVID-19 di tempat kerja.
Berapakah Kadar Bayaran / Faedah Yang Akan Diterima?
Setiap pencarum yang dijangkiti COVID-19 sewaktu berada di tempat kerja, layak untuk mendapat faedah daripada PERKESO dan manakala bagi kes membabitkan kematian, pencarum yang berusia kurang 60 tahun layak untuk mendapatkan faedah walaupun jangkitan bukan sewaktu berada di tempat kerja.
Kiraan berapa pampasan yang kita layak terima
Ini contoh perkiraannya :
( 80% Purata gaji ÷ 30 hari ) x Jumlah hari dirawat / kuarantin
PERHATIAN : Bagi kes indeks, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca jangkitan sekali gus menilai kelayakan mereka untuk menerima faedah PERKESO.
Cara Buat Tuntutan (Claim)?
Menjadi tanggungjawab Majikan untuk melaporkan kemalangan tersebut kepada PERKESO dengan kadar segera dengan mengemukakan permohonan melalui Borang 34. Hanya permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat PERKESO yang berhampiran untuk siasatan lanjut dari pegawai.
Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:
-
- Borang Butiran Notis & Tuntutan Faedah – Borang 34 https://www.perkeso.gov.my/…/Bor…/borang34/Borang_34.pdf
- Salinan kad pengenalan anda
- Sijil Cuti Sakit Asal
- Salinan rekod kedatangan / Kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu).
- Laporan Pengesahan Positif Covid-19
- Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
- Salinan muka hadapan buku akaun bank/ penyata akaun simpanan
- MC kalau tiada, surat kuarantin dari KKM pun boleh
- Isi Ruang Penyakit Khidmat
* Majikan perlu buat sedikit kronologi jangkitan di tempat kerja sebagai contoh pekerja mana yang terjangkit dahulu dan apa tindakan majikan apabila pekerja terkena jangkitan.
Sumber: Heng Zhi Li (Ketua Pemuda MCA Tg Piai)
NOTA: Permohonan mesti dikemukakan oleh pihak majikan.
Tempoh Proses Tuntutan Skim Bencana Pekerjaan PERKESO Covid 19
Tuntutan Skim Bencana Pekerjaan Perkeso Covid19 akan diproses secepat mungkin dan tempoh maksimum diambil ialah selama 45 hari bermula daripada hari kes diterima.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat berkenaan Skim Bencana Pekerjaan COVID-19 PERKESO, sila rujuk laman web rasmi PERKESO di pautan ini: https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/akta-keselamatan-sosial-pekerja-1969-akta-4/skim-bencana-pekerjaan.html