Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Apakah Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) ?
Melalui skim ini ibu bapa diberikan bantuan untuk membayar yuran tadika anak-anak mereka.
Kerajaan negeri Selangor akan menyumbangkan bantuan bernilai RM50 setiap bulan untuk mereka yang benar-benar layak.
Bantuan ini akan disalurkan secara terus kepada TADIKA yang diberi sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN)
Apakah Syarat Permohonan?
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah sama ada:
- Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
- ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
- ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
- Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
- Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
- Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
- Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja.KLIK SINI UNTUK LIHAT SENARAI
Cara Mohon & Dokumen Penting
Permohonan dibuka dan boleh dimohon melalui : https://tunasv2.yawas.my/admin/mohon_online.php
Sila isikan kad pengenalan dan lampirkan dokumen berikut :
-
- Cetak Borang Permohonan
- Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
- Salinan MyKad Ibu
- Salinan MyKad Bapa
- Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
- Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar
- Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
- Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
- Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)
Segala dokumen harus dihantar 2 minggu selepas pendaftaran online melalui emel pendaftarantunas@gmail.com atau alamat berikut :
Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel 03-5481 8800
Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap gagal.

Maklumat Lanjut TUNAS Selangor
Sila hubungi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) melalui saluran berikut:
Alamat
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
03 5481 8800
Isnin Hingga Jumaat
10pagi – 2petang
Emel Kami
pertanyaan.yawas@gmail.com
Jangan lepaskan peluang ini, Layari laman sesawang www.tunas.yawas.my untuk memohon.
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (PEMERBADANAN). YAWAS telah ditubuhkan pada 05 Februari 2009 dibawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)