Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) kini telah menggesakan Kerajaan Pusat supaya membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) maksimum RM10,000 ataupun 50 peratus kepada pencarum yang mempunyai wang simpanan kurang daripada jumlah berkenaan.
Naib Presiden Gerakan, Baljit Singh berkata, pengeluaran KWSP itu akan serba sedikit dapat membantu meringankan bebanan rakyat. Inisiatif ini akan sekali gus dapat meringankan beban mereka dengan kenaikan harga barang keperluan seperti telur, minyak, ayam dan lain-lain.
Namun, Realitinya masih ramai rakyat yang berharap pengeluaran KWSP dibenarkan lagi terutamanya kepada peminjam bank yang kini risau Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan naik tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Pelbagai pihak juga menuntut Kerajaan Perpaduan untuk memberi pengecualian pengeluaran wang caruman KWSP kepada golongan yang memerlukannya seiring dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi pada masa ini.
Kerajaan sebelum ini telah membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun yang lalu. Menurut Baljit, pihaknya turut mencadangkan Kerajaan Perpaduan untuk berunding dengan KWSP bagi pengeluaran tersebut.
Ia mencadangkan kerajaan supaya boleh membuat pengeluaran KWSP secara bersyarat. Contohnya pencarum hanya boleh keluarkan RM10,000 maksimum dan bagi pencarum yang kurang daripada jumlah tersebut hanya dibenarkan 50 peratus daripada jumlah baki sedia ada,” ujarnya. Tambahnya, permainan politik tentang KWSP ini patut diberhentikan kerana pilihan raya sudah selesai dan sekarang adalah masa membantu rakyat. Gerakan yakin dan percaya inisiatif ini akan sangat membantu rakyat ia untuk menjadi wang simpanan juga ekoran kemungkinan berlaku gelombang kedua varian baharu Covid-19,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE