Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Ogos 2021
Sudah pasti ramai yang terkesan dengan krisis pandemik COVID-19 yang masih berlarutan sehingga ke hari ini.
Dalam menangani krisis ekonomi ini, kerajaan telah menyuntik perbelanjaan negara untuk merangsang ekonomi serta menyediakan bantuan menyeluruh merangkumi semua golongan miskin tegar, B40 dan M40.
Portal Info akan memberikan anda semua info berkaitan senarai bantuan kerajaan yang telah diumumkan oleh kerajaan bagi tahun 2021.
Mungkin ada beberapa maklumat yang tidak lengkap kerana senarai bantuan kerajaan ini masih lagi dalam proses kemaskini.
Jika anda mempunyai maklumat-maklumat bantuan terbaru seperti dari kerajaan negeri, sila maklumkan kepada kami.
Bantuan Kerajaan 2021 Terkini
Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang rakyat Malaysia akan terima pada bulan Ogos 2021 ini:
A) Bantuan Khas COVID-19 (BKC)
Bantuan ini akan dibayar secara berperingkat bermula pada bulan Ogos 2021. Kelayakan untuk bantuan ini adalah berdasarkan data-data dalam sistem Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.
Berapakah jumlah bantuan yang bakal diterima? Sila rujuk kategori di bawah:
-
- Miskin Tegar (Isi Rumah) = RM500
- B40 (Isi Rumah) = RM500
- M40 (Isi Rumah) = RM250
- Miskin Tegar (Bujang) = RM200
- B40 (Bujang) = RM200
- M40 (Bujang) = RM100
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maksud miskin tegar, anda boleh rujuk info Bantuan Miskin Tegar.
B) Pengeluaran i-Citra KWSP
Susulan pandemik COVID-19 yang berlarutan sehingga ke hari ini, pihak kerajaan telah mengumumkan satu pakej bantuan baharu iatu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Antaranya adalah pengeluaran KWSP yang dikenali sebagai i-Citra.
i-Citra adalah inisiatif kerajaan untuk memudahkan rakyat mengeluarkan wang KWSP dan dibayar bermula pada 2 Ogos 2021.
Ahli KWSP yang membuat permohonan pada bulan Julai 2021 akan terima RM1,000 untuk bulan pertama.
Baca juga: Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP RM5,000
C) Program Prihatin Kasih
Keluarga miskin bandar di seluruh negara bakal menerima bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan menerusi Program PRIHATIN Kasih yang diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Kadar Bantuan:
-
- Sebanyak RM100 sebulan selama 3 bulan.
- Bantuan ini khas digunakan untuk membeli barang makanan asas di lebih 300 rantaian kedai dan pasar raya dengan hanya menggunakan IC.
Info penuh: Program PRIHATIN Kasih : RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan
D) Bakul Prihatin Negara
Pihak kerajaan terus mengambil berat dan prihatin terhadap kehidupan rakyat yang terkesan dengan melaksanakan inisiatif terbaharu, Bakul Prihatin Negara yang merupakan kerjasama strategik yang berkonsepkan ‘Whole Of Society’ yang melibatkan pihak kerajaan dan syarikat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Penerima bakal menerima 8 jenis barangan keperluan asas iaitu:
-
- Beras
- Gula
- Tepung
- Bihun
- Kicap
- Sardin
- Biskut
- Kopi
Info penuh: Bantuan Bakul Prihatin Negara (JKM) 2021. Mohon Segera!
E) Bantuan Warga Emas
Dalam pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ada menyatakan kenaikan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua daripada RM350 kepada RM500.
Kadar Bantuan:
-
- Terima RM500 sebulan.
- Bantuan untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.
- Bantuan ini adalah melalui pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pemohon perlu isi borang dan hantar ke Pejabat JKM yang berdekatan.
Info penuh: Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan. Mohon Sekarang!
F) Bantuan Kanak-Kanak 2021
Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Kadar Bantuan:
-
- Maksimum RM1,000 sebulan seisi rumah.
Syarat Kelayakan:
-
- Keluarga berpendapatan tidak lebih daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
Info penuh: JKM : Bantuan Kanak-Kanak 2021 RM1,000 Sebulan
G) Moratorium Automatik PEMULIH
-
- Moratorium 6 bulan akan diberikan kepada semua peminjam untuk semua golongan termasuk B40, M40, T20 dan Usahawan Mikro.
H) Geran Khas Prihatin (GKP 4.0)
Kerajaan turut memahami kesukaran yang dihadapi oleh Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS), sukacita diumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan kepada mereka yang layak.
Kadar Bantuan:
-
- Jumlah bantuan sebanyak RM1,000.
- Tarikh permohonan: 15 Julai hingga 31 Julai 2021
- Pembayaran GKP 4.0 akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500)
Maklumat Tambahan
Ada banyak jenis bantuan kerajaan terkini untuk rakyat. Bantuan ini bertujuan untuk menaikkan semula ekonomi setempat dan meringankan beban kewangan bagi mereka yang terkesan dengan pandemik ini.
Sila kongsikan artikel dan info bantuan kerajaan ini di aplikasi Facebook, Whatsapps, rakan taulan,dan keluarga anda untuk manfaat semua.