Senarai penyampaian bantuan & insentif kerajaan berbentuk wang secara berperingkat kepada mereka yang layak pada September 2023. Untuk maklumat anda, beberapa bantuan khas akan dilancarkan, dan ianya boleh dimohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan.
Senarai Bantuan Bulan September 2023
Kerajaan negeri dan persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan miskin tegar.
Pada bulan September tahun ini, kerajaan melancarkan program baharu dan bantuan bulanan tetap dibuka untuk mereka yang layak memohon. Di bawah ialah senarai bantuan atau inisiatif kerajaan.
Mohon juga (Tekan Link Dibawah):
Bantuan Musim Tengkujuh BMT RM800
Bantuan BMT Musim Tengkujuh ini ada 4 peringkat. Mereka yang berkelayakan untuk dapat bantuan ini akan dapat bayaran sebanyak RM800 dan akan diagihkan kepada 4 fasa.
Untuk buat semakan kelayakan, sila layari portal berikut :
Sila buat permohonan segera, tarikh tutup permohonan adalahpada 15 September 2023.
Program Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Bantuan ini ramai yang terlepas pandang, JKM telah menyediakan Program Bantuan Kebajikan merangkumi pelbagai kategori bantuan yang ditawarkan seperti berikut:
- Bantuan Kanak-kanak: sehingga RM1,000 sebulan
- Bantuan warga emas: RM500 sebulan
- Elaun anak angkat: RM250-RM500 sebulan
- Bantuan Am Persekutuan: RM100 – RM350 sebulan
- Bantuan Am Negeri: Kadar bantuan ditentukan oleh Negeri
- Geran Latihan Perantis: RM200 sebulan
Nota: Bantuan JKM boleh dipohon oleh mereka yang memerlukan mengikut kategori kelayakan. Rakan-rakan yang ingin memohon, sila semak panduan permohonan lengkap di laman web rasmi JKM eBantuan – DI SINI
STR Fasa 4
Anda boleh buat semakan STR di sini :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Ramai yang menantikan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi STR fasa 4. Namun, tarikh sebenar pembayaran adalah pada bulan November 2023. Semoga dipercepatkan bantuan ini.
Subsidi & Insentif
- Pas Bulanan My50 : Pas perjalanan bulanan bagi rakyat Malaysia yang nak berjimat menaiki LRT.
- Program MyPSV : Subsidi khas untuk golongan B40 yang ingin dapatkan lesen ehailing, teksi & bas.
- Subsidi Yuran Pengasuhan Taska : Subsidi sebanyak RM180 sebulan untuk penjawat awam.
- Program MyLesen B2 : Subsidi bayaran untuk B40 dapatkan lesen motosikal B2.
Maklumat Lanjut
Kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif dalam bentuk pemindahan wang tunai bagi membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan B40. Bagi mereka yang terlepas, lihat senarai geran yang tersedia dan layak – klik di sini untuk rujukan penuh.