Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Oktober 2023

Senarai penyampaian bantuan & insentif kerajaan berbentuk wang secara berperingkat kepada mereka yang layak pada Oktober 2023. Untuk maklumat anda, beberapa bantuan khas akan dilancarkan, dan ianya boleh dimohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

Senarai Bantuan Bulan Oktober 2023

Kerajaan negeri dan persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan miskin tegar.

Pada bulan Oktober tahun ini, kerajaan melancarkan program baharu dan bantuan bulanan tetap dibuka untuk mereka yang layak memohon. Di bawah ialah senarai bantuan atau inisiatif kerajaan.

Mohon juga (Tekan Link Dibawah) :

Program Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bantuan ini ramai yang terlepas pandang, JKM telah menyediakan Program Bantuan Kebajikan merangkumi pelbagai kategori bantuan yang ditawarkan seperti berikut:

  • Bantuan Kanak-kanak: sehingga RM1,000 sebulan
  • Bantuan warga emas: RM500 sebulan
  • Elaun anak angkat: RM250-RM500 sebulan
  • Bantuan Am Persekutuan: RM100 – RM350 sebulan
  • Bantuan Am Negeri: Kadar bantuan ditentukan oleh Negeri
  • Geran Latihan Perantis: RM200 sebulan

Nota: Bantuan JKM boleh dipohon oleh mereka yang memerlukan mengikut kategori kelayakan. Rakan-rakan yang ingin memohon, sila semak panduan permohonan lengkap di laman web rasmi JKM eBantuan – DI SINI

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4

Anda boleh buat semakan STR fasa 4 di sini :

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Ramai yang menantikan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi STR fasa 4. Namun, tarikh sebenar pembayaran adalah pada bulan November 2023. Semoga dipercepatkan bantuan ini.

Subsidi & Insentif

  1. Pas Bulanan My50 : Pas perjalanan bulanan bagi rakyat Malaysia yang nak berjimat menaiki LRT.
  2. Program MyPSV : Subsidi khas untuk golongan B40 yang ingin dapatkan lesen ehailing, teksi & bas.
  3. Subsidi Yuran Pengasuhan Taska : Subsidi sebanyak RM180 sebulan untuk penjawat awam.
  4. Program MyLesen B2 : Subsidi bayaran untuk B40 dapatkan lesen motosikal B2.

Maklumat Lanjut

Kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif dalam bentuk pemindahan wang tunai bagi membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan B40. Bagi mereka yang terlepas, lihat senarai geran yang tersedia dan layak – klik di sini untuk rujukan penuh.

Leave a Comment