Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Jun 2023 Yang Akan Dikreditkan Bermula Hari Ini

Senarai penyampaian bantuan kerajaan berbentuk wang secara berperingkat kepada mereka yang layak pada Jun 2023. Untuk maklumat anda, beberapa bantuan khas akan dilancarkan, dan ianya boleh dimohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

Senarai Bantuan Bulan Jun 2023

Kerajaan negeri dan persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan miskin tegar.

Pada bulan Jun tahun ini, kerajaan melancarkan program baharu dan bantuan bulanan tetap dibuka untuk mereka yang layak memohon. Di bawah ialah senarai bantuan atau inisiatif kerajaan.

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

Bantuan E-Dompet

Untuk makluman, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan bantuan e-dompet mula diberikan pada bulan ini. Bantuan khas ini akan dilancarkan kepada semua rakyat Malaysia yang layak mulai Jun 2023.

Kadar bantuan dalam bentuk e-wallet ialah RM200. Menariknya, inisiatif ini akan diberikan kepada pelajar tanpa mengira had umur kelayakan mereka.

ebelia-pemerkasa

Program Skim Bantuan Kebajikan

Bantuan ini ramai yang terlepas pandang, JKM telah menyediakan Program Bantuan Kebajikan merangkumi pelbagai kategori bantuan yang ditawarkan seperti berikut:

  • Bantuan Kanak-kanak: sehingga RM1,000 sebulan
  • Bantuan warga emas: RM500 sebulan
  • Elaun anak angkat: RM250-RM500 sebulan
  • Bantuan Am Persekutuan: RM100 – RM350 sebulan
  • Bantuan Am Negeri: Kadar bantuan ditentukan oleh Negeri
  • Geran Latihan Perantis: RM200 sebulan

Nota: Bantuan JKM boleh dipohon oleh mereka yang memerlukan mengikut kategori kelayakan. Rakan-rakan yang ingin memohon, sila semak panduan permohonan lengkap di laman web rasmi JKM eBantuan – DI SINI

STR Fasa 3

Anda boleh buat semakan STR di sini :

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Ramai yang menantikan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi STR fasa 3. Namun, tarikh sebenar pembayaran adalah pada bulan Julai 2023. Semoga dipercepatkan bantuan ini.

STR Fasa 3 infografik portal malaysia

Maklumat Lanjut

Kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif dalam bentuk pemindahan wang tunai bagi membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan B40. Bagi mereka yang terlepas, lihat senarai geran yang tersedia dan layak – klik di sini untuk rujukan penuh.

Leave a Comment