Semakan Status Penerima RM100 Barangan Dapur

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

PRIHATIN Kasih dengan peruntukan RM100 juta telah diumumkan sebagai salah satu langkah pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), bagi membantu kos sara hidup bagi golongan miksin bandar.

Program bantuan barangan dapur ini disalurkan secara tanpa tunai atau cashless melalui penggunaan MyKad dan akan memanfaatkan sebanyak 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara.

Portal Info akan kongsikan kepada anda maklumat terkini mengenai bantuan ini.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: https://t.me/portalsemakan

Program PRIHATIN Kasih

Program PRIHATIN Kasih

Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miksin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad.

Mereka yang layak menerima bantuan akan diberi elaun sebanyak RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad masing-masing.

Elaun tersebut boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan sebagainya.

Jumlah Bantuan Barangan Dapur

Bermula pada 1 Julai 2021 yang lepas, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan yang dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad.

Melalui elaun ini, mereka boleh untuk membeli barangan makanan asas di kedai-kedai runcit berhampiran kawasan rumah mereka.

Contoh Jadual Pembayaran

    • Julai 2021 – RM100
    • Ogos 2021 – RM100
    • September 2021 – RM100
    • Jumlah: RM300

Sekiranya baki elaun tidak habis digunakan, anda boleh untuk bawa baki tersebut ke bulan berikutnya dan digunakan bersama-sama elaun bulan berikutnya.

Lokasi Pembelian

Para penerima boleh membeli barangan keperluan asas di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti di:

    • Mydin
    • Giant
    • Econsave
    • The Store
    • Pacific
    • Milimewa
    • 99 Speedmart
    • Lotus Stores (Tesco)
    • Kedai runcit yang terpilih

Kelayakan Bantuan RM300 Barangan Dapur

Keluarga yang layak akan dikenalpasti melalui data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Sekiranya melepasi syarat, mereka layak untuk menerima Bantuan PRIHATIN Kasih ini.

Mereka yang layak akan menerima SMS dari MyKasih utnuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Semakan Kelayakan Bantuan Prihatin Kasih

Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan melalui langkah-langkah berikut:

    1. Layari laman web https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx
    2. Sila masukkan nombor kad pengenalan dan lengkapkan Captcha.
    3. Klik butang ‘Semak Status’.
    4. Keputusan kelayakan akan dipaparkan.
    5. Penerima yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka.
    6. Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Tempoh Penggunaan Dana

Penerima PRIHATIN Kasih boleh menggunakan elaun bantuan makanan di kedai runcit yang mengambil bahagian antara 1 Julai 2021 dan 31 Disember 2021. Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Kenyaatan Rasmi

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Program PRIHATIN Kasih, sila layari lama web http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/

 

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×