Kerajaan Perpaduan berfokuskan pendekatan belas ihsan dalam membela nasib golongan miskin khususnya golongan yang mudah terjejas dengan keadaan ekonomi semasa. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Maka dengan itu, bantuan tunai B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa.
Mohon Juga : Bantuan RM300 Bayi Tahun 2023
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4
Untuk makluman, penerima STR Fasa 4 kali ini hanya melibatkan isi rumah dan warga emas. Jumlah bayaran yang diterima dikongsikan di bawah :
Tarikh Pembayaran Caruman Tunai Rahmah Fasa 4
Tarikh Rasmi STR Fasa 4 (TEKAN SINI)
Pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada akhir bulanNOVEMBER 2023. Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Semakan Status STR Fasa 4
Semakan status dan login mySTR kini boleh dilakukan di portal rasmi STR https://bantuantunnai.hasil.gov.my/
Apakah itu STR Tambahan RM600 Atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif wang tambahan yang diperkenalkan kerajaan semasa pembentangan Bajet 2023.
Bantuan ini diberikan untuk membantu golongan miskin dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Hanya isi rumah di bawah golongan miskin tegar dan tersenarai dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak menerima STR Tambahan ini.
Bayaran RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai semakan status STR Fasa 4, layari laman web STR di https://bantuantunnai.hasil.gov.my/ atau hubungi LHDNM terdekat atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747