Semak Status & Jumlah Bayaran Yang Diterima Untuk BKC Fasa 2

Bantuan Khas Covid 19 atau pun BKC ialah berita yang sentiasa ditunggu tunggu oleh semua orang. Apatah lagi bagi yang sangat memerlukan inisiatif sebegini terutama sekali untuk golongan B40 . Jadi Portal Info akan membantu anda sentiasa dimaklumkan perihal perkembangan terkini semua bantuan kerajaan.

Sebagai peringatan, pembayaran BKC akan dibuat dalam 3 bentuk fasa. Sebelum ini, Fasa 1 telah pun disalurkan bermula pada 6 September yang lalu. Manakala, Fasa 2 & Fasa 3 akan disalurkan pada bulan November & Disember pada tahun ini.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Apakah Bantuan Khas COVID-19?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai diperuntukkan oleh Kerajaan demi membantu meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Jumlah Bantuan BKC Fasa 2

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima setiap kategori pada Fasa 2:

Miskin Tegar

  • Isi Rumah – RM500
  • Warga Emas Sebatang Kara – RM300
  • Bujang – RM300

B40

  • Isi Rumah – RM300

Apakah Syarat Kelayakkan?

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

Kategori Penerima / Data Bantuan

  1. Miskin tegar – Permohonan BPR 2021
  2. B40 – Permohonan BPR 2021
  3. M40 – Percukaian (LHDNM)

Bagaimana Untuk Buat Semakan Status Bantuan BKC

Lihat cara dibawah untuk semakan status BKC:

  1. Buka laman web rasmi ini https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
  2. Sila Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan (Sama seperti akaun BPR anda)
  3. Rujuk pada bahagian menu semakan untuk melihat status pembayaran anda

Baca juga: Tak Dapat Bayaran BKC? Ini Cara Tebus Baucar di Bank

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan berkaitan BKC, sila rujuk DI SINI.

Leave a Comment