Semak Maklumat Pemilih Sebelum Pendaftaran Automatik | MySPR SPPA

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

*Kepada sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas dan masih belum mendaftar untuk mengundi diminta untuk menyemak & mengesahkan maklumat bagi pendafaran automatik pengundi yang akan bermula Jumaat  1 Oktober lepas.

 

Apakah MySPR SPPA?

Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA) ini ialah tempoh semakan bagi warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang belum mendaftar sebagai pemilih/pengundi untuk semak dan sahkan maklumat peribadi dalam data maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebelum didaftarkan sebagai pemilih/pengundi secara automatik.

Tempoh Semakan

Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik ini bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2021.

Dalam tempoh SPPA ini, warganegara Malaysia berumur yang sudah 18 tahun dan ke atas dan masih belum mendaftar sebagai pengundi boleh menyemak, mengesahkan maklumat mereka dan membuat aduan dengan SPR sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

Semakan melibatkan aspek contohnya alamat yang dipaparkan, semua bakal pemilih dinasihatkan untuk kemaskini alamat kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021.

Cara Semakan MySPR SPPA

Semakan boleh dilakukan melalui dua kaedah yang berikut:

  1. Secara online di pautan https://mysprsppa.spr.gov.my/
  2. Imbas kod QR di tempat semakan SPPA seluruh negara.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung semakan Pra Pendaftaran pemilih Automatik ini, sila rujuk kenyataan media penuh oleh SPR di bawah:

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×