Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Langkah Semak & Bayar Cukai Tanah Pelbagai Negeri Secara Online
Kehadiran secara fizikal tidak lagi diperlukan jika kita sudah boleh membayar cukai tanah secara online.
Kecanggihan teknologi sudah membolehkan kita berbuat sedemikian dengan mengakses Portal Rasmi Pejabat Tanah negeri masing-masing.
Kepada yang sudah memiliki rumah pasti sudah tidak sabar merasakan kenyamanan tanpa beratur panjang semata-mata untuk membayar cukai..
Cukai tanah merupakan cukai tahunan yang dikenakan keatas hartanah persendirian di Malaysia. Cukai tanah dan lain-lain cukai mempunyai peranan besar dalam membiayai pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur awam.
Jumlah Bayaran Cukai Tanah
Nilai cukai yang dikenakan setiap negeri adalah berbeza-beza, malah harga antara daerah juga berlainan serta berbeza mengikut jenis tanah dan hak milik dalam geran tanah milik anda.
Sebagai kiraan asas, caj yang dikenakan untuk cukai tanah akan dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah milik anda. Setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.
Jumlah cukai tanah di luar bandar adalah lebih murah berbanding hartanah di bandar. Sila hubungi pejabat tanah tertentu atau pergi ke pejabat mereka untuk membuat pertanyaan tentang kadar bayaran.
Sebagai makluman, Bukan semua pejabat tanah negeri menyediakan kadar cukai tanah di laman web mereka, jadi sila pastikan anda memeriksa butiran di atas geran tanah anda sebelum membayarnya.
Portal Semakan Dan Pembayaran Cukai Tanah Setiap Negeri
Negeri | Portal Rasmi Cukai Tanah |
Semakan Cukai Tanah Selangor | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Pahang | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Kedah | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Johor | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Kuala Lumpur | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Pulau Pinang | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Sabah | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Terengganu | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Kelantan | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Perak | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Perlis | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Negeri Sembilan | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Melaka | KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Sarawak | Untuk Semakan Sahaja KLIK DISINI |
Semakan Cukai Tanah Labuan | Pembayaran Cukai Tanah Labuan adalah dengan menggunakan Tunai, Draf Bank, Cek, Kiriman Wang dan Wang Pos sahaja. Untuk Info KLIK DISINI |
Bagaimana Cara Membayar Cukai Tanah Melalui Online Banking
-
- Maybank2u
- CIMBClicks
- RHB Online
- Aplikasi Pos Malaysia.
Pilih pejabat tanah negeri pilihan anda di bahagian ‘New Payee‘.
*Tidak semua pejabat tanah negeri membolehkan pembayaran secara online banking.
Pembayaran Cukai Tanah Di Kaunter
Sekiranya anda lebih gemar untuk menggunakan cara manual, sila pergi ke pejabat tanah di negeri anda untuk membuat pembayaran cukai tanah. Untuk pengetahuan anda juga, pembayaran cukai tanah di negeri tertentu boleh dilakukan di Pos Malaysia. Negeri-negeri tersebut adalah seperti:
-
- Putrajaya
- Negeri Sembilan
- Selangor
- Melaka
- WP Kuala Lumpur
- Perak
Soalan Lazim
-
- Soalan 1 : Adakah saya perlu membayar Cukai Tanah sedangkan saya tidak pernah mendapat bil?
Jawapan : Menurut Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965, pemilik tanah berdaftar adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan cukai tanah yang dimilikinya tanpa gagal. - Soalan 2 : Bilakah masanya saya Perlu melakukan pembayaran Cukai Tanah?
Jawapan : Anda boleh melakukan pembayaran bermula pada 1 Januari hingga 31 Mei tiap-tiap tahun. - Soalan 3 : Di manakah saya boleh mendapatkan Bil Cukai Tanah sekiranya saya tidak menerimanya?
Jawapan : Pemilik Tanah Berdaftar boleh mendapatkan Bil Cukai Tanah di mana-mana Pejabat Tanah & Daerah dan juga Pejabat Tanah Galian dengan mengemukakan maklumat seperti Nombor Hakmilik dan Nombor Lot. Menurut Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965, Cukai Tanah hendaklah dibayar sepenuhnya mulai hari pertama tiap-tiap tahun dan akan menjadi tunggakan pada hari pertama bulan Jun tahun itu. Sekiranya mana-mana cukai tanah terhutang, denda kerana terhutang adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada cukai semasa.
- Soalan 1 : Adakah saya perlu membayar Cukai Tanah sedangkan saya tidak pernah mendapat bil?
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertyanyaan atau memerlukan sebarang maklumat lanjut, dils layari laman web rasmi Pejabat Tanah Dan Galian negeri anda.