Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Ramai sudah sedia maklum. Astro sangat tegas dalam pembayaran bil pelanggannya. Bila-bila masa saja siaran Astro boleh dipotong tanpa warning.
Untuk membayar bil astro boleh dibuat secara online tanpa beratur dicawangannya. Kami akan bantu anda menggunakan langkah menyemak bil Astro dan bayaran bil.
Semakan bil di Portal Self-Service Astro
Pihak Astro ada menyediakan portal untuk menyemak dan pembayaran. Langkahnya ialah:
- Layari portal Self-Service di pautan https://selfservice.astro.com.my
- Log masuk dengan Astro ID anda
- Sekiranya belum ada Astro ID, anda boleh membuat pendaftaran baru dengan klik pada pautan “Create now!“
- Setelah log masuk, anda boleh melihat bil anda dengan klik pada “Bill and Payments” atau “View Bill”.
Semakan Bil melalui SMS
Jika anda kurang mahir mengunakan portal Astro anda boleh mengunakan kaedah SMS saja. Mudah sangat!
Kadar caj yang dikenakan untuk setiap SMS yang dihantar bergantung pada kadar yang ditentukan oleh syarikat telco anda.
- Buka aplikasi SMS di telefon anda
- Pada bahagian penerima, masukkan no 33310
- Pada bahagian mesej, tapi ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC NO
Contohnya: ASTRO BAL 1234567890
Bayar Bil Dengan Portal Astro
Pihak Astro menyediakan sebuah portal khas yang memudahkan anda membuat pemabayaran bil secara dalam talian. Ikuti langkah berikut:
- Layari portal Pay Astro di pautan https://pay.astro.com.my/
- Masukkan nombor akaun Astro anda
- Tandakan pada bahagian Captcha
- Klik butang Continue
- Setelah log masuk, anda boleh melihat bil terbaru anda dan membuat pembayaran melalui beberapa kaedah pembayaran
Bayaran Bil Guna SMS
Sekiranya anda baru pertama kali menggunakan SMS untuk melakukan pembayaran terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan :
- Layari portal Self Service Astro di pautan https://pay.astro.com.my/
- Log masuk akaun. Sekiranya belum mempunyai akaun, sila lakukan pendaftaran
- Buka aplikasi SMSS di telefon anda.
- Pada bahagian penerima, masukkan nombor 66688
- Pada bahagian mesej, masukkan mesej berikut: ASTRO<jarak>PYMT<jarak>10 Digit Nombor Akaun Astro<jarak>Nombor PIN<jarak>Jumlah Bayaran
- Setelah pembayaran berjaya dibuat, anda akan menerima mesej yang menyatakan pemabayaran telah berjaya dibuat
Bayaran Bil Guna CimbClicks (JomPAY)
Sekiranya anda mempunyai akaun CIMB, anda boleh membuat pembayaran menggunakan fungsi JomPAY.
- Log masuk akaun CIMBClicks anda
- Pilih JomPAY
- Pada bahagian Biller Code, masukkan 9639
- Masukkan jumlah yang ingin dibayar dan teruskan pembayaran seperti biasa
Bayaran Bil Guna Maybank2u
- Log masuk akaun Maybank2u anda
- Pilih Pay & Tranfsfer
- Pada bahagian “Pay To”, pilih Payee dan cari “Astro” daripada senarai penerima
- Masukkan nombor akaun
- Masukkan jumlah yang ingin dibayar dan teruskan pembayaran seperti biasa