Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Baru-baru ini, 30 unit rumah sewa di Seksyen 3 telah ditawarkan ke kakitangan swasta dan awam.
Sebuah agensi telah memaklumkan bahawa kediaman ini menawarkan tiga bilik dan dua bilik air tetapi cuma untuk mereka yang berkeluarga sahaja . Keluarga tersebut haruslah memiliki pendapatan isi rumah dibawah RM5000.
Maklumat Sewaan Rumah MAIS
Sewa RM500 ditawarkan bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor kerajaan manakala bagi sektor swasta nilai sewaan ialah RM600.
Antara kemudahan terdapat di bangunan ialah kawalan keselamatan 24 jam, sistem kamera litar tertutup, 220 kawasan parkir terbuka, surau dan perpustakaan wakaf serta ATM Bank Islam.
Selain itu, ia juga berdekatan dengan pelbagai restoran makanan dan kedai keperluan harian.
Terletak di Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam berkeluasan 600 kaki persegi (3 bilik +2 bilik air).
Apakah Syarat Memohon Rumah Sewa MAIS 2022?
-
- Berkeluarga
- Mempunyai Pendapatan Isi Rumah Di Bawah RM5,000.00
- Berkhidmat di Negeri Selangor
Bagaimana Cara Buat Permohonan?
Mereka yang berminat dengan rumah berkeluasan 600 kaki persegi ini boleh mendapatkan borang permohonan sewaan di laman web www.mais.gov.my/sewaan/.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:
- Telefon : 019-2640631 (Encik Arzlan)
- Facebook Majlis Agama Islam Selangor
- Hubungi Pegawai MAIS melalui Whatsapp di www.wasap.my/60192640631 atau www.wasap.my/60192302040.`1